Friday, April 30, 2010

ORDER ITEM #1 : 1955 CITIZEN PHYNOX (NOT FOR SALE)

Faris !!! jam ko dah sampai tadi masa aku syok2 berkebun di belakang rumah ditemani oleh si Casio Mudman...

ni lah kali pertama aku beli jam dari Jepun,3 hari je sampai...dihantar menggunakan EMS,kalau EMS dari US selalunya ambik masa seminggu

nippon mari....haittt...

macam ikan terubok masin je bungkusannya

aku dah check jam ni tadi,jalan dia terhenti2...perlu diservis

walaupun sellernya kata jam ni jalan elok,nak buat macamana...nilah risiko hobi kita ni...aku pun pernah jual di ebay,masa jam tu kat tangan aku takde masalah...tiba di negara orang,buat hal pulak...bukannya sekali dua...misteri sungguh...

tulisan Jepun di belakang jam ni bermaksud " LONG SERVICE COMMEMORATION COMMENDATION of the JAPANESE NATIONAL RAILWAYS COMPANY "

movement bersih,perlu servis je ni bro...

hari Isnin depan(3/5/10) aku hantar kat kau ok?


437. SEIKO DIVER AUTOMATIC 7002-7000 (SOLD)

casing 42mm diameter dgn ketebalan 12.5mm

dail custom made / cermin & bezel baru

casing telah dipolish

movement 7002-700A [A1]

pada rotor ditulis :

SEIKO TIME CORP 7002A

SEVENTEEN JEWELS

SINGAPORE

tali z22 (22mm) baru

berfungsi dgn baik,telah diservis pada pertengahan bulan april 2010

BUYER : AZMAN B. GANTI,KUCHING.

Thursday, April 29, 2010

Wednesday, April 28, 2010

CASIO G-SHOCK MUDMAN G9000 (NOT FOR SALE)


ni dia mainan baru aku...

test 1

test 2


test 3



aku beli dari kedai jam city time di kuching...order online je,laju gak servisnya...petang semalam order,pagi tadi dah sampai dah...dihantar menggunakan nationwide express

kejap lagi nak khatamkan buku manual...banyak betul nak kena belajar function & settingnya....




436. NEW SWATCH BLUE DIAL WATCH (SOLD)

38mm plastic case diameter

battery operated / button pada pukul 2 adalah untuk lampu pada dail

bezel boleh diputar

baru bersama kotak

BUYER : ADMAN GANING,SANDAKAN.



Tuesday, April 27, 2010

CROWN WINDER

nilah dia crown winder,sesuai untuk geng2 yang banyak koleksi jam terutamanya dari jenis manual/kunci

cukup mudah nak pakai,cuma perlu tekan saja di bahagian hujungnya & bahagian ragum akan keluar pada hujung yang satu lagi

bahagian ragum dalam keadaan rilek

ni pula keadaan dia semasa stress


masa dia stress tu ,masukkan crown jam ke dalam bahagian ragum,lepaskan tekanan jari & ragum tu nanti akan mencengkam crown dengan kuat & kemas

elakkan bahagian ragum tu dari terkena bahagian casing jam,nanti calar ...dan hati2 semasa memusing crown menggunakan benda ni,takut terlebih pusing nanti rosak pulak jam

crown winder ni aku beli dari kawan aku di mesir,dia seorang penjual alat2 membaiki jam di ebay...tapi aku tak beli dari ebay,aku beli dari dia terus supaya dia tak kena ebay seller fee,& aku pun dapat murah...hehehe...

kalau korang nak beli,aku syorkan beli 2 saiz yang berbeza,iaitu 4 & 6 yang mana untuk crown yang bersaiz antara 4mm dan 6mm

http://myworld.ebay.com.my/touch4watch/

harga termasuk pos dari mesir dalam lingkungan rm35



menguji minda...


dengan menggunakan kekuatan minda,cuba korang bagitau aku...apa benda ni?


435. 1950's ORIS MILITARY (SOLD)

case chrome 35mm diameter,mula2 bukan untuk dijual sebab masa tu tengah nak cari tali kulit & buckle original...sebulan tunggu baru dapat

jam telah diservis pada pertengahan bulan april 2010,jalan elok & menepati masa,cuma satu je problemnya...nak set jarum jam ni kena tarik crown,tahan dan pusing...kalau tak ditahan,crown tu masuk balik dgn sendirinya...tak spt biasa...kena repair la kalau rajin,tapi bagi aku takde masalah sangat

cermin lama,telah dipolish

crown asal yang tak bertanda

tu dia tali & bucklenya/new old stock,didatangkan dari uk

klik di sini untuk melihat gambar movementnya

kotak pun masih ada

BUYER : M.FAZLI B. IBRAHIM,KUALA LUMPUR.

Monday, April 26, 2010

434. NEW SWATCH AUTOMATIC SILVER DIAL (SOLD)

36mm diameter

edisi tahun 1996

automatik ETA 2842

berfungsi dengan baik & menepati masa

BUYER : AHMAD FAUZI B.PASAI,BINTULU.

Sunday, April 25, 2010

433. NEW SEIKO 5 AUTOMATIC SPORT (RM430)

40mm x 40mm stainless steel case

hardlex crystal / bezel boleh pusing

tali 20mm

automatik caliber 7S36

baru + buku manual + kotak + jaminan setahun

432. NEW CASIO QUARTZ MILITARY STYLE (RM350)

stainless steel case 38mm diameter

cermin kaca

screw lock crown

tali 20mm

baru + kotak + jaminan setahun