Wednesday, October 26, 2011

Jalan2 jumpa kawan2 / Day-4 : Part 1 (3 Oktober 2011/Isnin)


hari ni takde nak terkejar2 masa...keretapi ke Ipoh pukul 11 baru berangkat dari KL...pukul 5.30 pagi aku dah bangun dah...dalam pukul 6.15 pagi aku turun dari hotel menuju ke sebelah lorong yang berdekatan dengan Petaling Street...mengikut pesan Tuan Saiful semalam,kat situ akan ada orang berjual beli barang2 2nd hand/baru & entah apa2 lagi...kalau nasib baik,dapat benda bagus yang tak terfikir pun kita akan dapat....tapi tak lamalah...dari pukul 6 ke pukul 10 pagi mcm tu...

tak banyak barang baik aku dapat,hanya beberapa pasang tali jam kulit baru pelbagai saiz yang kualitinya agak baik dengan harga rm2 sepasang,beli banyak2 dapat harga kurang lagi...murah le tu...kalau kat kedai jam boleh jual dalam rm15 ke rm30 sepasang

KTM Berhad

aku tak pernah naik keretapi,tu yang teringin sangat nak naik...

ada sejam lagi nak bergerak...jalan2 dulu tengok Muzium KTM...

mesin pencetak tiket yang pernah digunakan dari tahun 1940 hingga ke akhir tahun 90an

spesimen tulang gajah yang mati kerana membalas dendam akibat kematian anaknya yang dilanggar keretapi yang berlaku pada tahun 1894,klik di sini untuk maklumat lanjut

mesin pengira tiket yang digunakan dari tahun 1920 hingga ke tahun 2006...86 tahun punya khidmat bakti...fuh...

ni dia,jek tayar keretapi...

aku cau dulu...

ingatkan dalam kapal terbang je ada pramugari...

2 jam tak terasa sebab online je dalam koc...mengurus order/chatting dengan kawan2/customer/tranfer fund/fb...Zul Sikulipat la meracun aku guna Blackberry ni...memang best...tq Zul...

1.15pm,sampai dah di Ipoh

mana Muzill ni ?

bersambung...

Sunday, October 23, 2011

Jalan2 jumpa kawan2 / Day-3 : Part 2 (2 Oktober 2011/ Ahad)

Perbualan dalam telefon :

Tuan Syed : OIII !!!! MANA KORANG ???!!! KITA ORANG DAH LAMA TUNGGU KAT AMCORP NIII !!!

Aku : Rilek la boss...orang ramai tadi kat Summit...hehehe...

Tuan Saiful : On the way...on the way...nak ke Amcorplah ni...

on the way apanya...kami masih lagi dalam Volkswagen Karmann Ghia,bukan menuju ke Amcorp,tapi dalam perjalanan untuk balik sekejap ke rumah Tuan Saiful untuk bertukar kereta...takleh pakai VW ni...orang berkerumun nak tengok & bergambar...nanti lekat pulak kat Amcorp nanti...lekat kat Summit tadi pun dah susah nak melepaskan diri...hahaha...

"Aku dah kata dah,kereta ni takleh bawa keluar...banyak peminatnya..."kata Tuan Saiful & aku akui kata2nya itu...

sampai je(kira2 pukul 4.30 ptg),terus lepak oder teh tarik & bergambar...tengok muka Hassan DD pun ada kat situ jugak..."Eleh...cakap kerja ??!!"

"Aku kerja la niiii....." balasnya...

haha....jumpa sekejap pun jadilah...ingatkan takde harapan jumpa sebab dia kata dia sibuk...pukul 11 malam baru free...

Khuzaiman pun ada...mula2 aku tak kenal...eh,bukan tak kenal...tak perasan...kenal memang kenal...bro ni la banyak oder part2 jam dari aku...

sepatutnya aku save muka dia dulu dalam memori aku sebelum aku bertolak ke semenanjung ari tu...hahaha..

sori Man,aku pun tak menjangka yang ko muncul kat Amcorp ari tu

pelbagai koleksi jam yang ada

ada yang dapat dilihat & dipegang je...

ada yang bertukar pemilik

ni antara yang rare yang ada pada aku masa tu,dah disunting pun tak sampai setengah jam di atas meja...Elgin Art Deco dari tahun 1920,hanya dikeluarkan sebanyak 6000 unit...ya betul tu,mata korang tak salah...no 12 tu memang berada pada kedudukan pukul 3...

best betul...patut la korang suka lepak sini hari minggu

ramai pemburu2 jam lama,mempunyai pelbagai rupa dan sifat

aku yang datang lewat ni pun masih merasai kemeriahannya...kalau sebelum subuh dah ada kat sini memang lagi best...Adi Marto,yang berbaju biru adalah seller/kolektor jam dari Medan,Indonesia...nak berkomunikasi dengan dia kena guna bahasa isyarat atau tulis atas kertas sebab dia ni bisu...

macam2 benda dijual...tapi di hari minggu je...

tapi time aku nak jalan2 tengok apa yang diaorang jual,banyak meja dah kosong...seller yang ada pun tengah bersiap2 untuk balik dah...

aku suka tengok je...hehehe..

kena pegi lagi lain kali ni...

ooops...sempat tangkap bro Yan Lefthanded

dari Amcorp,Tuan Saiful dapat call yang menyatakan dia perlu berada di Trengganu untuk urusan kerja...aku sepatutnya ke Ipoh pada hari Isnin,tapi memandangkan Tuan Saiful kena outstation pada hari yang sama,jadi aku cadangkan supaya beliau hantar je aku ke stesan KTM berdekatan supaya aku dapat ke Ipoh pada sebelah malam...

sampai di stesen KTM,tiket pulak habis....kena tidur semalam lagi di KL la ni....cari la mana2 hotel bajet...

takpe,jalan2 dulu...pekena air mata kucing di Petaling Street...

cuci2 mata

tengok jam replika...tapi tak tengok pun,lalu2 je...

beli selendang untuk isteri

letih berjalan,kami singgah di salah satu hotel untuk makan malam,juga di Petaling Street yang aku pun dah lupa apa namanya...baru aku ingat yang aku dari siang tadi belum makan nasi lagi...

ni dia,gambar terakhir aku dengan Tuan Saiful...ramai lagi sebenarnya orang yang baik,murah hati dan berbudi pekerti yang baik seperti Tuan Saiful serta isterinya ni,kita je yang belum ada peluang berjumpa..tapi kalau dah jumpa,hargailah dan doakan mereka ni dengan doa yang baik2

jumpa lagi Tuan Saiful,jutaan terima kasih diucapkan...insyaAllah kalau ada rezeki,kita berjumpa lagi...

terima kasih juga kepada Tuan Syed,Zul Sikulipat,Kuzaiman,geng2 jam,geng2 rock,geng2 vintage,bro2 di Reign In Black yang berkongsi cerita & pengalaman sepanjang aku di KL...

semoga Allah SWT memberkati hidup kalian semua

bersambung...