Sunday, July 4, 2010

TISSOT PRC 200 CHRONOGRAPH,ASLI KE TIRUAN? BAHAGIAN 2

pagi tadi aku pinjam jam TISSOT PRC 200 kawan aku dengan kotaknya sekali..nak tengok perbezaan antara dua jam tapi berlainan outlet...satu dari Authorised Dealer (AD) & satu lagi didapati dari Ebay,seorang Powerseller dari China (PC)

kita tengok aksesorinya dulu...


*** hampir semua aksesori aku tandakan dengan sticker,takut aku pulak yang keliru nanti...yang ada sticker adalah aksesori untuk jam dari AD

contohnya di atas,kotak AD lebih kemas buatannya berbanding dengan PC, permukaan kotak AD begitu rata sehingga membentuk bucu tajam pada setiap lapan sudutnya berbanding dengan kotak PC

bantal kecik AD lebih kemas jahitannya

kad jaminan pun berbeza

yang dari PC selalunya tiada cop dari penjual

beg jam sama kemas buatannya,berbeza dari saiz tulisan sahaja

kertas muka depan buku dari PC lebih keras dari AD

ok,kita tengok beza jamnya pulak :

jarum jam kalau sekali tengok sama,tapi yang AD lebih tajam & kedua bentuk V pada hujungnya menirus ke bawah jika diteliti menggunakan kanta pembesar

cat kuning pada jarum PC lebih tebal

luminous pada jarum2 jam & marker pada PC lebih terang di tempat gelap jika kedua2nya diletakkan di bawah cahaya pada masa yang sama

diameter casing,saiz crown,saiz lug & finishing pada casing semua sama

dial AD lebih hitam dari PC

tulisan pada subdial sedikit kabur dari yang AD

tanda nombor & marker pada subdial AD lebih kemas

goresan pada cermin sapphire AD terasa licin

goresan pada PC kasar sedikit

akhirnya calar sedikit setelah aku tekan lebih kuat dari biasa,sampai aku pun takut cerminnya pecah...hardlex crystal saja rupanya

cover AD di'engrave'lebih dalam

back cover PC ok gak,kemas buatannya

sebelah kiri adalah bahagian dalam back cover PC

setelah back cover dibuka,ada lagi satu cover untuk movement/enjin...juga berbeza buatannya

enjin sama pada AD & PC

AD

PC

tanda/tulisan kepada kedua2 movement adalah sama

ETA / G10.211 / SWISS / V8 / Four 4 JEWELS

ni sedikit sebanyak yang aku dapat kesan bezanya

jadi...apa pendapat korang semua...terlalu banyak yang ditulis tentang jam ni di internet,ada yang kata tiruan & ada yang kata asli

kalau nak kata tiruan,boleh jadi gak setelah kita tengok beza antara jam yang dibeli dari AD dan PC,tapi ada jugak yang kata (dari AD personnel sendiri) jam2 Tissot memang ada dipasang di China dengan menggunakan komponen movement & bahagian yang sama tetapi kehalusan kerja yang berbeza,tapi kenapa pulak yang PC guna cermin hardlex crystal je?

nak kata tak asli,jam2 sebegini dijual berleluasa di ebay & amazon,mempunyai komen2 yang baik pula dari para pembelinya

sila bagi komen atau soalan2 tentang keadaan fizikal jam yang aku terlepas pandang sebelum aku bagi balik jam kawan aku tu,kesian dia siang tadi keje takde jam



77 comments:

  1. Steve Lee is here

    Well, If you notice, the original Tissot Back Case does NOT have any serial number being engraved. This is on of TISSOT's trademark- they never keep track of thier watches by putting serial number. Besides that, The Tissot PRC watch is supposedly sapphire chystal instead of hardlex crystal. If this one is original why the appearance of the crystal only have defects. Regarding The AD from penang betul ke he said yang ketelusan kerja lain? because if ya pun ketelusan lain why tey put serial number at the back of the case? Tissot will definitely told tehm before they produce the watch they must not put serial number.

    ReplyDelete
  2. Steve lee is here.

    Again if you look at the crown of the original there are no "T" symbol being engraved instead of the fake ones there are "T" symbol being engraved.

    ReplyDelete
  3. Maklumat dari Penang mmg begitulah. Cara dia cakap pun macam tak rekemen aku beli Tissot. Mungkin sebab aku selalu pi kedai dia buat dia bgtau maklumat tu.

    Dari segi ketelusan kerja, tak pastilah tapi mungkin benar juga model ni tiruan sebab China pembuat jam tiruan terbesar dunia. Replika semuanya dari sana & peniru nombor 1 dunia. Tak mustahil kalau jam ni pun turut ditiru tambah2lah jam ni cuma quartz. Kalau jam auto pun diorang boleh tiru dengan baik, lagi2 lah mudah sgt nak tiru kalau jam tu quartz.

    Bagus Ijan ko buat comparison camtu. Sebab aku pun dah mula ragu2 dgn status jam tu. Mungkin juga original & mungkin juga palsu. Mungkin perbezaan wujud disebabkan ia dibuat di China. Mungkin sebab tu harga dia lebih murah.

    Macam aku bagitau sebelum ni yg ia bukan saja di pasang di sana, malah segala komponen juga dibuat di sana menggunakan material dari sana juga.

    Tulisan Tissot pun berbeza skit. AD punya lebih tebal font dia. Kat jam pun ada beza skit yg macam ko zoom tu. Hmm... Bahaya juga ye. Detail betul dibuat kalau tiruan.... Kira ok la juga jam tu dibeli online camni.... sebab apakah pula status jam Tissot di kedai2 yang berleluasa di jual pula di sini?

    ReplyDelete
  4. wau.... speechless bila ad product palsu camgitu

    ReplyDelete
  5. salam..
    aku tak tkejut kalu ditakdirkan jam yg ijan bli tu palsu.

    sbb aku penah tgk jam palsu yag lbh detail.
    iaitu jam omega constellation.
    mbr aku yg bli jam tu dgn hrga hmpr rm2000..
    kalu tgk kt jam tu smua ada, sbijik mcm yg ori. tmasuklah engin nya dan ukiran kt dlm back case.
    takut aku tgk jam tu.
    ms ml2 bli, otai2 jam pn tak dpt kesan yg jam tu jam palsu. tp bl lm2, mbr aku baru tahu jam tu palsu sbb gold plated nya lusuh...
    lps tu dia jual jam tu srarus lbh ja..

    aku pn penah tekena jgk. jam seiko SKX171K.
    lps bli, aku rs lain mcm ja kt jam tu.
    bl aku cek lam tenet baru tahu jam tu palsu...

    dlm web yg aku cek tu, dia bagitahu kalau plastik kt back case ada line merah, mknanya jam tu palsu.
    aku tak tahu la sjauh mana kesahihan info lam web tu.
    aku sekadar bkongsi...

    ReplyDelete
  6. jam tissot yang ijan beli dr ebay tu ada line merah di caseback gak kan?
    waduh2...
    makin pening aku di buat pembuat2 jam fake nie.

    ReplyDelete
  7. ni link web yg aku ckp tu,

    http://quartzimodo.com/articles/how-to-spot-a-fake-seiko-watch/

    ReplyDelete
  8. Betul la.. dunia ni penuh dgn kepalsuan....
    Takpa Ijan! Komen kawan dan pendedahan ekslusif ko ni dah menyelamatkan byk nyawa.

    ini le bahayanya bila sykt jam swiss membenarkan sstengah model mereka dikilangkan diChina...tapi aku tahu mereka tahu risiko ni sbb tu hanya model2 tertentu aje diperjudikan disana.

    Seiko juga x terkecuali, tapi biasanya pecitak rompak ni hanay tumpu pd jam-jam mewah aje.

    ReplyDelete
  9. Jam seiko diver skx007 pun byk yg tiruan...aku dah pernah terkena...careful

    good info nih...aku tak berani komen byk...tapi bagi aku bila dah mula ragu2 tuh baik kita jauhkan terus...nati bila pakai pun rasa tak syok....

    ReplyDelete
  10. Oleh sebab aku ragu2 dengan komen di atas, aku telah e-mail tissot mengenai erial number tersebut, the emails are as shown below:

    Thank you for your e-mail In regards to your Tissot PRC 200 Chronograph T17158652 watch. Please be
    advised that we do not track serial numbers on Tissot.

    Regards
    Swatch Group

    ReplyDelete
  11. Anonymous, apa maksud email tu?
    aku kureng paham sikit bi nie
    hihihihih

    ReplyDelete
  12. oo erm tu maksud nya Tissot tak letak any serial number kat jam diorang, this includes limited edition watches.

    ReplyDelete
  13. Kalau begitu, mmg sah la jam tu tiruan! Hebat tul diorang tiru ye. Kalau Rolex pun sama gak. Ada kes otai jam tak dapat kenal yang tiruan.

    Tq Ijan. Kalau tak kerana ko buka kes ni. Semua orang tak tau. Lepas ni semua kena hati2 bila nak beli jam.

    Skrg semua dah tahu juga yg tiada nombo siri pada mana2 keluaran Tissot. Kalau jumpa jam bernombo siri walaupun jual di kedai.... PALSU!!!!

    ReplyDelete
  14. sedih nya hati ini....steve lee,kat jam ori ada sign T kat crown dia,kat gambar tak nampak sangat,dah haus sikit...

    ReplyDelete
  15. Kesian ko. Nak buat camno bro. At least ko dh tunjuk keikhlasan hati pasal status jam ni. Seller kat eBay tu berleluasa ja jual jam camni. Adoi la.... Huhu...

    Nanti aku cuba cari info psl Tissot lagi. Tak sangka jadi camni. Entah2 banyak lagi jam jenama lain yg ribu2 org jual tu camni.... Hmmm...

    ReplyDelete
  16. dah 19 bijik jual beb...nak kena trace balik satu2...buat akad jual beli yg baru & nego2...3 dah setel...2 pembeli terdahulu ambik dgn harga yang baru & dpt menerima status jam tu skarang,duit lebih yg mereka bayar aku refund..ada sorang bagi balik jam tu sbb belum pakai & aku refund gak duit dia 100%...nak jadi org yg jujur,nilah cabarannya...betulkan balik apa yg salah...

    ReplyDelete
  17. Terima kasih bro. Susah nak cari seller cam ko. Bukan semua orang jujur dalam jualan. Ada seller tak pulangkan duit balik pun.

    ReplyDelete
  18. From Cgwan,
    Tahniah kawan, kau seorang yg jujur..sebab tu aku senang berurusan dengan kau.Hadapi cabaran dengan redha, mungkin ada hikmah disebalik dugaan itu..teruskan perniagaan dengan ikhlas dan jujur..insyaallah sukses !!

    ReplyDelete
  19. ya, stp pkr tu pasti ada hikmah nya.
    moga2 ko bsusah payah dan letih kt dunia nie tp kt akhirat nti ko bsenang lenang...
    insyaALLAH....

    ReplyDelete
  20. Korang baca kat sini mengenai hal yg aku bawa kat forum plak.....

    http://www.malaysiawatchforum.com/index.php/topic,1270.0.html

    Kesimpulannya? Hehehe....

    ReplyDelete
  21. selesai dah kes ni semalam,semua buyer dah di kontek balik & bersetuju untuk terus simpan & menggunakan jam yang dah dibeli..aku bagi la refund sikit pada tiap2 buyer tu...tapi walaupun dah tau status jam ni,baru2 ni ada lagi 2 orang yang berminat nak beli,sekarang ni aku tengah uruskan pengoderan tu...hehehe...aku pun simpan satu jam ni utk kenangan ... :)

    terima kasih kepada semua

    ReplyDelete
  22. kalau beli dari AD memang sure ke authetic punya? risau pulak baru beli tissot semalam tp dari AD. mcm mana nak make sure AD tu jual yg ori punya

    ReplyDelete
  23. aku rasa maklumat dah cukup kat atas tu utk kau tentukan sendiri sama ada tissot yg ko beli tu ori ke tak...tp kalau dari AD,takyah la risau sangat...

    ReplyDelete
  24. tengok warranty card tu yg musykil sbb sama yg PC punya. yg lain ok

    ReplyDelete
  25. ori la tu...waranti kad boleh jadi pelbagai versi...

    ReplyDelete
  26. makasih atas reviewnya
    jelas dan lugas

    ReplyDelete
  27. To be safe,better buy original..Although its expensive but yet satisfied..Worth every penny u spent...

    ReplyDelete
  28. Salam bro..
    Nak minta tolong la, jam yang ada dalam website Taobao ni ( http://item.taobao.com/item.htm?id=6797288721 ) original ataupun tidak?

    Dari apa yg aku chat dgn seller ni, dia kata jam ni original, datang dengan "general packaging". Bila aku tanya apa yang ada dalam packaging tu, takde plak dia reply.

    Harap bro boleh reply kat email saya ye: adzfar[at]japan.com

    Terima kasih & wassalam :)

    ReplyDelete
  29. slm,takyah beli la kalau was2....link ko bagi tu tak dapat membantu aku nak tau
    sama ada jam tu ori ke tak..dah la gambar satu saja...tulis cina lagi...

    ReplyDelete
  30. Korang bacala pages mamat nie.. Hidup-hidup korang kene kencing.. Baik korang pergi sendiri kat Kedai Tissot.. Belakang jam tu memang ada serial number dan stiker memang ada line warna merah.. Tentang print belakang jam tu sebenarnya print tak dalam.. aku dah pergi tengak sendiri kat kedai tissot.. pages nie sebenarnya nak kaburi mata korang.. Weii ko nak menipu pun agak-agakla.. Aku cadang pergi tgk kat kedai Tissot kat Sogo sebelah pertama.. Mintak org kedai tu tunjukkan back watch tu.Nanti baru korang tau... Hati2la dengan pages nie.. Sory Bro You banyak menipu org..

    ReplyDelete
  31. aku tak pernah kena kencing pun.kau apa hal bro angin satu mcm jer...

    ReplyDelete
  32. Aik takkan tukar nikname kot.. Aku nak perbetulkan ko punya andaian tu.. lagi pun aku tengok komen yang ada tu mejoriti ko punya partner.. Pembaca boleh klik gambar komen tu.. ada juga seller..
    Jadi pembaca boleh fikir sendiri yang pengkomen2 tu siapa.. Cantik punya jerat..
    Aku yang terkilan dan heran bila baca ko punya andaian tentang jam tangan tissot nie bercanggah dengan apa yang aku lihat.. Depan mata aku sendiri dan aku suruh org kedai tissot tu tunjuk kat aku back watch tu.. memang bercanggah dengan ko punya gambar tu.. Serial number tu memang wajib ada.. Why kalau tiada dah tentu sekiranya jam rosak korang boleh pinjam dengan org lain punya card warranty sekiranya warranty dah tamat..sebab tu tissot letak serial number untuk buat pengesahan pendaftaran.. Aku harap para pembaca pergilah ke kedai Tissot untuk kepastian dengan lebih detail.. Minta lihat back watch tu.. Bro jangan perbodohkan org bro.. Haram makan duit org bro.. Sory bro aku bukan nak hentam ko punya pages nie.. Harap Bro dapat maklumat detail Dari tissot dan letakkan maklumat yang jelas disini.. Baru org kompiden bro.. Hope Maklumat Dari Tissot comp..

    ReplyDelete
  33. aik..mana ada aku tukar nickname...kalau aku komen,aku guna nama sendiri je bro...takpe...ni perbincangan ilmiah...tak kisah la aku kena hentam pun,sebab aku ada asas yang tersendiri & dah buat perbezaan antara 2 jam dari Autorized Dealer & satu jam lagi yang dikatakan terus dari kilang Tissot...kalau bagi kau ori,orilah....aku tak paksa bro untuk kata yang pendapat aku betul...aku cuma mahu berkongsi pendapat je...& masing2 yang buat kesimpulan nanti... :)

    ReplyDelete
  34. Oraittt... Good Cover Line..

    ReplyDelete
  35. salam...aq percaye bro ekhzan sorang seller yg bagus...sebab aq penah berurusan dengan dia...setakakt nh orait lg jam aq beli ngan dia cuma time lari sikit...biasa la jam auto..tp ape yang si anom cakap betol gak...klau xde no siri mcmmana mau claim waranty...bukan dia detect pakai no siri ke

    ReplyDelete
  36. Tissot memang tak letak no siri individu lagi pada jam2 keluarannya bermula pada tahun 1970an,yang ada hanyalah no rujukan model jam pada belakang case yang mana adalah sama untuk setiap model...tentang macamana nak claim waranti kalau tiada no siri tu aku tak pasti macamana,mungkin mereka ada cara lain yang kita tak tau...

    ReplyDelete
  37. Zulekhzan B. Fauzi Saadi....hope do not use the assumption..Please issue authoritative statement of the Tissot comp ..The assumption you parable defaming no three witnesses ..Andaian kamu ibarat menfitnah tanpa 3 orang saksi..Hati2 keluarkan statment tanpa hitam putih..

    ReplyDelete
  38. ...kan Swatch Group dah emel ari tu :

    Thank you for your e-mail In regards to your Tissot PRC 200 Chronograph T17158652 watch. Please be advised that we do not track serial numbers on Tissot.

    ReplyDelete
  39. Zulekhzan B. Fauzi Saadi.. Kalau taip ayat tu, semua orang boleh taip.. Just load statment dari Tissot comp di pages kamu nie.. Tunjukkan kebenaran kamu yang kamu mempunyai maklumat detail dari Tissot comp.. Bagaimana dengan link kamu ini..

    http://jamlama.blogspot.com/search/label/TISSOT%20sold


    470. NEW TISSOT CHRONOGRAPH PRC200 BLUE DIAL (SOLD)

    465. NEW TISSOT CHRONOGRAPH PRC200 (SOLD)

    462. NEW TISSOT CHRONOGRAPH PRC200 (SOLD)

    Why you sell watch Tissot with serial number.. Sedangkan kamu mengatakan yang mempunyai serial number adalah palsu..

    Please refer Tissot comp to details information.. Not prediction mind..

    ReplyDelete
  40. Dan Komen dari 470, 465, why not original name.. setiap pembeli mesti meletakkan nama sekiranya ingin memberi ulasan..
    Adakah satu perancangan?

    ReplyDelete
  41. oh anonymous,rupanya bro tak baca betul2 artikel aku ni,ni aku nak crita mcm mana artikel ni boleh wujud...

    memang pada mulanya aku ingat jam2 Tissot PRC Chrono yang aku ambil stoknya dari Hong Kong(yang dikatakan terus dari kilang) ni adalah original...aku jual hampir 20 utas jam ni sehinggalah seorang pembaca blog mengatakan jam2 Tissot PRC yg aku jual adalah palsu..

    jadi dengan itu aku pun menghentikan penjualan jam2 ni dalam blog aku untuk buat siasatan dan pembandingan jam2 Tissot yg aku jual dan jam Tissot yang dibeli dari Authorised Dealer

    maka lahirlah gambar2 perbezaan dalam blog ni...ramai kawan2 yang membantu,ada yang menulis emel kepada pihak Swatch Group...& jawapannya seperti tadi,yang bro kata sapa pun boleh tulis...

    aku hanya buat perbezaan antara dua jam yg dibeli dari HK & Authorised Dealer...& menyerahkan kesimpulannya kepada pembaca sama ada ia palsu atau tak....

    Tissot2 yang bro listkan dibawah ni :

    (470. NEW TISSOT CHRONOGRAPH PRC200 BLUE DIAL (SOLD)
    465. NEW TISSOT CHRONOGRAPH PRC200 (SOLD)
    462. NEW TISSOT CHRONOGRAPH PRC200 (SOLD)

    adalah yang telah dijual sebelum artikel ni dibuat....& masa tu aku ingat jam2 yang aku dapat ni ooriginal...jadi,setelah aku mendapat komplen & buat artikel ni,aku membuat kesimpulan yang jam2 Tissot yang aku dapat adalah dari sumber yang meragukan...jadi,selepas artikel ni keluar,aku takde jual lagi jam2 ni...

    & komen2 dari item 470 & 465 adalah dari pembaca blog yang memang aku tak kenal...dari komen dialah aku membuat perbandingan jam ni secara berdepan & sebab komen dialah artikel ni muncul...

    ReplyDelete
  42. tiada perancangan bro seperti yang bro andaikan(bro boleh pulak buat andaian,aku tak boleh,hehe...)...sapa2 boleh komen & aku takleh kawal sapa2 yang bagi komen yang menggunakan nama 'anonymous' dalam blog aku ni termasuklah bro sendiri...

    ReplyDelete
  43. satu lagi,komen item 470 & 465 tu,bukan dari pembeli spt yg bro kata/andai....nama pembeli ada sebelum tu,siap nama penuh dah asal lagi...

    ReplyDelete
  44. please load statment with stamp from tissot comp..
    I want authenticity from you ..
    And I would refer you statment with Tissot comp ..

    ReplyDelete
  45. takyah la statement dari Tissot,nanti ko kata aku reka sendiri pulak nanti,buang masa je...artikel ni sendiri pun bro tak paham objektifnya,sesetengah komen2 bro atas artikel ni pun dalam bentuk andaian je,andaian aku nak tipu org,andaian aku takde saksi 3 org,andaian yg aku reka sendiri jawapan dari Tissot....jadi,tak perlu la aku nak buat pengesahan keaslian jam ni kat sapa2 terutamanya orang yang payah nak faham...

    artikel yang aku buat ni(ntah berapa kali dah aku ulang...)adalah berdasarkan perbezaan jam dari HK dan yang dibeli dari Authorised Dealer(bro suruh pegi cek kat kedai Tissot,jam ni jam dari kedai Tissot Boutique,KL la ni...nak cek apalagi?)

    kalau gambar2 dalam blog ni pun bro susah nak terima,bagaimana pulak dengan black & white(yg selalunya dalam bentuk emelbalas) dari Tissot/Swatch Group tu nanti kalau aku bagi,bro kata sapa2 pun boleh buat...

    tu jawapan aku bagi yang bro tuduh aku jual jam palsu yang ada no siri pun tak terbalas...sedangkan jam2 tu dijual sebelum isu ni timbul...soalan tu pun dah menunjukkan bro tak tau apa isu sebenarnya yang dibincangkan...tak habis2 dengan load statement,load statement..bro emel la sendiri ke swatch group..ini linknya :

    http://www.tissot.ch/

    dah dapat emel balasnya nanti,jangan lupa pulak nak copy & paste dalam ruangan komen ni ye...

    ReplyDelete
  46. Relax Bro... Dugaan... Bior org attack kiter.. Jangan kiter pi attack org.. Salah attack berpeluh hidung tu bro..

    ReplyDelete
  47. Wooo.. Bahaya ngan komen-komen ni.. Tak tau mana yang betul ni.. Sekurang-kurangnya kena survey 3 kedai Tissot nak kompom betul2 ada ke tak der serial number.. Buat masa nie aku pergi Kedai Tissot kat Damansara, memang ada serial number.. Pas ni 2 kedai lagi aku g survey.. Nanti baru la tau mana satu yang betul..

    ReplyDelete
  48. Salam semua, kes ni agak bercelaru, tp selepas mendapat penjelasan 2 AD, berani aku nk komen sini. Mengikut apa yg AD tu cakap model tissot terdahulu memang xda no siri. Model baru ada no siri.. Berkenaan PRC200 aku x boleh nk ckp sbb xda jual kat sini... Aku ada tgk model chrono voljox 7750 yg terbaru. Ada siri no... Kepada semua yg terlibat elok berbincang.. Bukannya main hentam kromo jer... Jdkn ruang komen ni satu sessi perbincangan ilmiah.. Mkn duit org berdosa tp tuduh org pun berdosa juga... Minta rakan2 lain rujuk AD juga... Mungkin jawapan yg kita dpt x sama... AD pun bukan semua betul hehehe

    ReplyDelete
  49. salam sejahtera kepada semua,

    berita terkini berkenaan dengan Tissot PRC200 dan model2 Tissot yang lain,isu siri nombor...ori atau palsu...pelbagai maklumat2 baru yang diterima...apa jawapan dari Swatch Group (www.swatchgroup.com) ? Apa pula jawapan dari Tissot (http://www.tissot.ch/) ?

    ...perbincangan suam2 kuku bertukar menjadi semakin panas penuh dengan pendapat,teori,spekulasi disebabkan kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh Tissot & Swatch Group sendiri...

    sila berkunjung ke Dunia Jam di Facebook untuk mengikuti lebih lanjut :

    https://www.facebook.com/groups/duniajam/

    dan sama2lah kita merungkai masalah ini dalam suasana harmoni... :)

    ijan jamlama

    ReplyDelete
  50. Salam semua..

    Apa yang saya letak ayat kat bawah nie terpulang kepada pembaca.. Maklumat yang saya dapat daripada swatch Group..
    Nombor tu memang wajib ada.. Cuma anggapan tu salah.. Bukan di sebut serial number tetapi reference number.. Sebab tu bila di isukan kepada Tissot & Swatch Group mereka akan mengatakan Jam tangan tissot tiada serial number... So berlakulah pertikaian.. Mereka hanya mengatakan reference number sahaja yang ada di belakang jam..

    This is not a serial number, it is just a reference number for the watch only, Tissot do not have any serial number at this moment, thank you.

    Regards
    Ian

    Jadi saya rasa jam tangan AD pada gambar tu mungkin ada yang tersirat...

    ReplyDelete
  51. Jadi saya harap Laman ini Di Kemaskini semula..
    Harap pembaca tidak terkeliru..

    ReplyDelete
  52. ok maklumat terbaru dari En lan Tissot & Swatch Group

    No worry, we have no problem to assist you further if you have any issues not clear. Most of the retailers they will claim that is serial number, but in fact, it is just a reference number meant for particular collection. The number could be repeated to the same model as well, therefore we don’t claim it as serial number, because a watch serial number will not repeated, and it is solely exclusive for the particular single piece only. I hope this is clear for you, thank you.

    By the way, could you please let us know more why you are so particular on the serial or reference number stated on the watch? What can we help to solve your problems? Please feel free to address you problem and we will do our best to assist you.

    Best Regards
    Ian

    ReplyDelete
  53. ok En ijan sekiranya ayat itu sahih dari
    En lan Tissot & Swatch Group

    Sila maklumkan di Group https://www.facebook.com/groups/duniajam/
    agar mereka tidak terkeliru..

    ReplyDelete
  54. terima kasih atas maklumat yang diberi...aku dah update dalam Dunia Jam d FB...perlu diingatkan jam yang dalam blog aku ni(yang ada no siri) aku memang yakin memang bukan original...sebab kualiti buatan yang berbeza dengan jam yang dibeli dari authorised dealer...

    ReplyDelete
  55. Almk gileeerr laaaa..

    ReplyDelete
  56. Fenin den baco forum ni.. Ado tak do serial number ori.. Ado kato Tissot & Swatch Group hanyo reference number jo yang ori.. Yang tak do reference number tu Tissot & Swatch Group nak kato apo pulak tu.. keluaran 70an ko.. aiyaaa..

    ReplyDelete
  57. Yang nak pening2 kepala buat apa.. Refer jer kat AD.. kalau boleh refer banyak kedai. Barula tau yang dalam gamba tu betul @ tak betul..
    Korang nie pun satu. Apa daaa

    ReplyDelete
  58. kalau kau baca email dari AD,Swatch Group Malaysia & Tissot pun pening bro...info yang dia org bagi pun bercanggah sesama mereka sendiri,cuba baca hasil siasatan peminat2 jam dalam facebook dunia jam... :)

    ReplyDelete
  59. Korang pi Beli jam Dinding yang ada waktu Solat lagi senang.. Tak yah pikiq ori ka.. serial number ka, reference number ka.. Tissot ka Busut ka, Cukup time dah pi mengadap...

    ReplyDelete
  60. percakapan orang bodoh

    ReplyDelete
  61. assalamualaikum, bos. nak tanya skit berkenaan ngan jam tissot T-RACE. sy ni ayam baru dlm jam ni.. ada org nak jual jam pd sy... dia kata ori tapi kad warranty takdak... cuma yang ada nombor kat belakang jam iaitu T048417A... camana nak tau bos.. betul ker copy. tulung saya bos... ku

    ReplyDelete
  62. entah la,kalau tulis je gambar takde pun susah nak komen...jam ada depan mata pun sekarang ni payah nak tau ori ke tak,ni kan pula main tulis2 je....

    ReplyDelete
  63. salam bro..nk tanye kalau untuk tissot t-touch expert mcm mana nk bezakan ori n fake? dan selamat ke klu bli dri amazon

    ReplyDelete
  64. slm,sebenarnya letih dah cerita pasal isu ni...boleh beli dari Authorised Dealer untuk lebih selamat...Amazon, tak pernah beli dari situ... :)

    ReplyDelete
  65. tumpang lalu....sape penah dengar jam jenama aquss....check kat internet memang xde....saje nak taw....first time dengar ni

    ReplyDelete
  66. Cter die skang ni klu nk beli jam yg ribu2 tk yah beli online, ebay ke amazon ke, ape kate terus beli je kt butik die sendiri..btw, aku slalu pergi butik tissot..tk pnah lg nmpak yg dijual bawah dari 1k..tag heuer lg la..10-30k pun ada..

    ReplyDelete
  67. Aku dulu kaki gak jam2 yg agak murah ni. Sekarang dh x lagi.. Tapi mmg beza lah... Terlalu beza..

    ReplyDelete
  68. macam mana nk kenal omega asli dengan tiruan.adakah jam omega yg harga belasan ribu tu ada kemungkinan tidak asli?risau pulak dgr bab jam xasli.aku pernah beli jam omega dgn harga 12k kedai tu bg aku diskaun ke 9k dgn syarat xboleh keluarkan resit(mungkin sb dia pakai diskaun staff kut) maksudnya kat resit kedai dorang tulis 12k.tp dia jual 9k..so dia bolot 3k,,,betul ke?tp aku nk tahun mcm mana nk tgk dia ori ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm,cuba add fb dunia jam,ambik gambar jam tu & pos kan masalah tuan utk dibincang bersama2 di sana..kat sini isu ttg tissot tiruan je

      Delete
  69. Aku ada jual jam tissot murah2 je jam perempuan rm300 jam lelaki ada yang serendah rm200... PC siapa berminat boleh email nurfarhanabdullah7@gmail.com

    ReplyDelete
  70. Well, If you want the original better buy the display one rather than from new from their store room...any comment??

    ReplyDelete