Tuesday, January 24, 2012

Saturday, January 21, 2012

787. VINTAGE B & L RAY-BAN WAYFARER II (SOLD)


saiz 54
calar2 halus pada cermin & frame



...& beginilah cara menggayakannya...

BUYER : M.ZAHID ZUHDI, J.B.

Friday, January 20, 2012

Jalan2 jumpa kawan2 / Day-5 : Part 1 (4 Oktober 2011/Selasa)


8.30am

"IJAN !!! IJANNN !!!!!" kedengaran suara Muzill begitu cemas memanggil dari di ruang tamu rumah sedangkan aku baru lepas mandi & masih berkemban dalam bilik,tengah pilih baju apa nak pakai...panik jugak aku sekejap sebab intonasi dia panggil aku tu seolah2 ada perompak masuk dalam rumah...tapi aku tak juga keluar dari bilik sebab aku dengar langkah kakinya macam laju je menuju ke arah aku

"apahal Muzill?" tanya ku tenang persis Steven Seagal...

"Ni !!! Ada Swiss Watch Gallery/Exhibition di Pavillion,KL hari ni !!!Kena tengok ni !!!" sambil menunjukkan skrin Blackberrynya pada aku...semangat betul..

"oo..ingat apa tadi...buat aku panik je....kena pegi la ni?"

"ye la !!! "

"oo...ok...rilek le....minum duluuuu...tak ke mana tu..."

kena pegi KL lagi la ni...baru semalam sampai dari KL...tak kisah la...aku jalan2 ni ikut mana orang bawa & kaki nak melangkah je...onnn....

rumah Muzill takde benda nak disarapankan...kena melapor diri lagi la ke rumah ayahnya...

kuih ni sedap..apa namanya pun aku dah lupa...hampir serupa dengan kuih basong di Sarawak di mana berbeza dari segi bentuk...edisi Sarawak dalam bentuk kon,dibalut dengan daun pisang...bila kuih dikeluarkan dari daun,bahagian yang runcing akan bergerak2 seperti ekor cicak...

habis sarapan,sedia untuk berangkat...tapi....

pintu pagar rumah takleh nak buka pulak, sebab takde elektrik..hahaha...orang gaji lupa nak bagitau orang rumah yang TNB dah bagi memo awal2 yang bekalan elektrik akan diputuskan pada hari tu sampai ke petang untuk kerja2 pembaikan...jam dah pukul 10 pagi...camana ni?

"takpe...nanti call kawan tanya kalau2 ada kenal tukang kunci"kata ayah Muzill

"ok..ada...ni lah gunanya ramai kawan...hahaha"katanya lagi...

tak sampai setengah jam,tukang kunci pun sampai...namanya pun kebetulan Ah Lok,sama dengan kepakarannya...(Lock/Locksmith)

selalu tengok dalam movie je kerja buka2 kunci ni...cucuk lubang kunci,goyang2 sikit,terus dapat buka...temberang je tu....guna klip kertaslah...guna pin rambutlah...aku tengok Ah Lok ni berpeluh2 juga dia berusaha nak buka gear box untuk pagar ni sebab kunci asalnya dah hilang...

tengah dia buat kerja tu la aku tanya dia macam2...saja berbual2...tengok respon pun baik,ok lah..ada juga orang yang tak suka bercakap tengah2 buat kerja..tapi Ah Lok ni ok...

"pengalaman buka kunci apa yang kau paling susah nak lupa Ah Lok?"

"aaaa...kunci keranda...."

"keranda kosong ka keranda dalamnya dah ada mayat?"

"dalamnya ada mayat...hahaha..."

"apahal kena buka pulak,polis suruh ke?"

"taklah...ada barang tertinggal dalam tu,terpaksa kena buka balik nak ambil...hahaha..."

ok...kalau dah dapat buka gear box ni senang la cerita..

itu dia..dah dapat buka...boleh la berangkat kejap lagi...

sebelum berangkat,bergambar dulu dengan tuan rumah...hehehe...

"takyah main politik...dapat ramai musuh...baik main jam...dapat ramai kawan..."pesanan dari Dato Mansor Ahmad semasa gambar ni diambil...

best betul pemandangan di Ipoh ni...banyak bukit batu kapur..

sempat singgah kat satu shopping complex nak tengok pemandangan bukit2 dari atas bangunan


cerita punya cerita..sampai hutan batu KL balik...

bersambung...

787. SMITH ALARM CLOCK (SOLD)


Made in Gt Britain
jam tak jalan
perlu servis/repair

BUYER : ZULKIFLEY HARON,P.PINANG.

Thursday, January 19, 2012

786. ORIS TRAVELLING ALARM CLOCK (SOLD)


perlu repair @ servis
luminous pada jarum jam dah takde

BUYER : A.WAHAB B. M.ETLI,KUCHING.

Tuesday, January 17, 2012

785. BUT SUISSE (SOLD)


30mm diameter chrome case
manual
saiz tali 16mm
berfungsi dengan baik
cepat 10 minit dalam masa 8 jam,perlu servis

BUYER : A.RAZAK,SERI MANJUNG


784. HAMPDEN (SOLD)


31mm diameter stainless steel case
manual
saiz tali 16mm
berfungsi dengan baik

BUYER : M.FADHLI ABU BAKAR,MACHANG.

783. WALTHAM AUTOMATIC + MILOS + BELFORTE (SOLD)



WALTHAM /AVAILABLE
34mm diameter stainless steel case
crown original bertanda 'W'
jam tak jalan
perlu servis/repair
saiz lug 17.5mm


MILOS / SOLD
32mm diameter chrome case
jam jalan sekejap2
cermin merekah antara pukul 9 & 12
perlu servis/repair
saiz lug 17mm


BELFORTE / SOLD
33.5mm diameter chrome case
jam tak jalan & tak dapat dikunci,hanya
jarum jam & minit yang bergerak apabila crown dipusing
perlu servis/repair
saiz lug 18mm