tgh kemas2 almari lama terjumpa jam loceng ni dlm laci,jam ni tak silap aku beli sama ada dari ukraine atau bulgaria pertengahan tahun lepas...lupa dah...(komunis mana la punya jam ni dulu...)walaupun berkarat di bahagian luar,jam ni masih beroperasi dgn baik...loceng penggera pun masih boleh diset mengikut masa yg kita nak...yg jarum kecik tu bukan jarum saat,tu la jarum utk set alarm/penggera
aku tak tau apa brand jam ni,yalah...dah tulis dlm bahasa russia mana nak faham...huruf2nya pun terbalik sana sini...yg aku faham..11 KAMHEN tu maksudnya 11 jewels
cermin plastik,diameter casing 80mm,tinggi 94mm...utk calibrate masa,boleh set dari luar jam sahaja...jam ni 'keep time',jgn la gatal2 nak adjust button kat belakang tu...tapi aku dah tanda guna marker...takut2 ada org yg tangannya gatal nak adjust jugak
BUYER : HJ. OMAR B. ALI,CHERAS.
No comments:
Post a Comment