Tuesday, April 27, 2010

CROWN WINDER

nilah dia crown winder,sesuai untuk geng2 yang banyak koleksi jam terutamanya dari jenis manual/kunci

cukup mudah nak pakai,cuma perlu tekan saja di bahagian hujungnya & bahagian ragum akan keluar pada hujung yang satu lagi

bahagian ragum dalam keadaan rilek

ni pula keadaan dia semasa stress


masa dia stress tu ,masukkan crown jam ke dalam bahagian ragum,lepaskan tekanan jari & ragum tu nanti akan mencengkam crown dengan kuat & kemas

elakkan bahagian ragum tu dari terkena bahagian casing jam,nanti calar ...dan hati2 semasa memusing crown menggunakan benda ni,takut terlebih pusing nanti rosak pulak jam

crown winder ni aku beli dari kawan aku di mesir,dia seorang penjual alat2 membaiki jam di ebay...tapi aku tak beli dari ebay,aku beli dari dia terus supaya dia tak kena ebay seller fee,& aku pun dapat murah...hehehe...

kalau korang nak beli,aku syorkan beli 2 saiz yang berbeza,iaitu 4 & 6 yang mana untuk crown yang bersaiz antara 4mm dan 6mm

http://myworld.ebay.com.my/touch4watch/

harga termasuk pos dari mesir dalam lingkungan rm35



No comments:

Post a Comment