Wednesday, September 1, 2010

1970's Seiko Speed-Timer aka Seiko Bullhead

hari hujan lebat gila di tempat kerja aku semalam & satu apa kerja piping/welding pun takleh nak buat...gambar di atas diambil sebelum hujan...tenang & damai...bekerja pun sepoi2 bahasa...

ingat nak balik opis nak tido tengahari kejap sebelum masuk waktu Zuhur,org rumah sms pulak,,,ada 1 kotak dari Thailand sampai katanya...takde lain ni,mesti Bullhead aku dah sampai...balik rumahlah,tak sabar nak tengok...sampai je,orang di rumah tengah buat biskut raya...

jam dibalut kemas dengan lapisan plastik bubble yang begitu tebal,tu yang aku suka...boleh dikitar semula untuk aku bungkus jam2 orang lain pulak...aku ingat plastik yang dipakai untuk bungkus satu jam ni boleh digunakan semula untuk bungkus 5-6 jam yang lain

solid stainless steel berdiameter dalam 43mm,berat jam ni...bestnya...

keseluruhan jam telah dibaikpulih sehingga tak nampak pun ianya berasal dari tahun 1977

jarum jam & minit telah diwarnakan semula dengan begitu kemas,tapi aku nak tukar jarum2nya pada yang baru sebab keseluruhan jarum bewarna putih tanpa luminous agak kurang cantik kata mataku...tak kisah la luminous tu berfungsi atau tak,yang penting bentuknya mesti ada...barulah boleh khayal membelek2nya bila ada masa terluang

kejap lagi nak oder satu set jarum seperti gambar di atas...nak tukar lepas raya nanti...subsecond takyah tukar le...jarum jam & minit je

cermin baru...agak timbul dari permukaan casing...kena pakai hati2,takut calar...casing/tali calar takpe...jangan cermin...

fungsi chronograph beroperasi dengan baik,selalunya aku biarkan on je...suka tengok jarum2 kecik/subsecondnya bertukar dari minit ke minit...jam ke jam...

ketebalan tak sekata adalah antara ciri unik yang ada pada Bullhead selain dari butang2 chrono & crownnya yang berada pada tempat yang lain dari kebiasaan

tali fishbone bersaiz 20mm,walaupun nipis...tapi selesa di pergelangan tangan...

clasp tak ori ni...ada masa nanti tukar...clasp kalau tak ori selalunya nipis & menghasilkan bucu yang tajam...nak bukak pun rasa kurang selesa

tulisan pun tumpul semacam...kalau dapat clasp ori Speedtimer lagi cantik...

Seiko UFO besar sikit...5 tahun lebih tua dari Bullhead

kawan sekampung ni...

bentuk belakangnya yang direka melengkung membuatkan jam ni terasa melekat di tangan...cukup selesa...

tengoklah bahagian dalamannya yang begitu bersih

ingatkan nak pakai raya nanti...tapi rasanya takyah tunggu raya lah...pakai je...mana tahan nak tunggu...hahaha..

4 comments:

  1. Tahniah bro! Lawa betul jam ni. Best!

    ReplyDelete
  2. huhuhhuu..dia dah mai dah.!
    cgwan.

    ReplyDelete
  3. kalau tak silap...bullhead speedtimer mpunya jarum mmg takde luminous....yag ada luminous adalah model biasa yg bukan speedtimer....dan speedtimer hnya dikeluarkan dlam kaler coklat sahaja...kalau tak silap aku laa.......

    ReplyDelete
  4. ya betul...yg bertulis speedtimer di dail hanya kaler coklat je...menandakan ia adalah untuk market Jepun,yg bertulis chronograph automatic adalah untuk pasaran luar Jepun & terdapat dlm kaler coklat & hitam...tentang jarum yg tak berluminous pada jam speedtimer tu tak tau pulak aku...tapi,tak kisah la...aku nak yang berluminous gak....putih mcm tu je tak cantik... :)

    ReplyDelete