Thursday, September 26, 2013

ORDER ITEM # 134 : 1970's SEIKO TURTLE 6309-7040


jam ni aku tolong dapatkan di Ebay untuk seorang customer
yang dah kenal lama...tanpa deposit...macam si Zulfairuz jugak...
tapi dia suruh aku simpan dulu...sebab ada satu lagi jam
dia belum sampai (Turtle 6105,juga tanpa deposit)...
sampai nanti boleh pos sekali katanya...


sementara tunggu 6105 dia sampai,aku pinjam la jam ni
kejap...aku pasangkan tali aku sendiri untuk keserasian


3 hari dah aku pakai jam ni,jalan elok

 
semua bahagiannya masih asli,membuatkan harganya melonjak naik
sikit dari model yang sama tetapi telah ditukar dail,set jarum & bezelnya
ke aftermarket part

 

kesan calar yang sedikit je pada cermin,bahagian pada pukul
4 tu pecah sikit pada bahagian luar,tapi cermin masih lagi
dapat melindungi bahagian dalam dial kerana pecahnya tak sampai ke dalam


ramai lagi yang nak jam sebegini,takde masalah untuk aku dapatkan
samaada yang masih asli atau yang direfurbish,tapi bila
 aku kata perlu deposit...terus takde reply lagi


berminggu2 lepas tu akan datang lagi sms dari orang yang sama
bertanyakan jam yang sama...


dan jawapan aku pun sama gak...bla..bla...bla...


hahaha...betul bro/tuan2...kalau aku tak kenal,susah aku nak uruskan
kalau takde deposit...kalau dah kenal & berurusan berpuluh2 kali
takpe...tu pun masih kena jugak macam kes
si Zulfairuz tempohari....ni kan lagi yang tak kenal & tak pernah berurusan


:)




No comments:

Post a Comment