Saturday, August 28, 2010

497. SEIKO UFO CHRONOGRAPH AUTOMATIC di langit biru....(SOLD)

ni dia kali pertama aku tengok Seiko UFO di depan mata...kagum betul dengan rekebentuk & kecantikan senireka di dalaman dialnya...dengan casingnya yang begitu tebal & besar,memang cun dengan saiz tangan aku...tapi aku beli jam ni saja je...nak merasa kejap menggunakan jam ni,sebelum ada yang berminat memilikinya...bukan senang nak jumpa jam Seiko lama2 mcm ni...tu la kelebihan sikit org yg jual jam2 lama,boleh merasa pelbagai jam di tangan sebelum beralih ke pemilik baru...hehehe...aku masih lagi sabar menunggu Seiko Bullhead ni...aku bercadang nak gandingkan Bullhead & UFO ni dalam satu gambar...

44mm x 47mm...Rado Diastar pun takut nak cari gaduh dengannya...

dail,marker,jarum rasanya semua masih yang asal...nampak kesan penuaan terutamanya jarum jam,minit,saat untuk stop watch & markernya....luminous pada semua bahagian masih berfungsi walaupun tak tahan lama dalam gelap

cermin hardlex crystal dalam keadaan yang sangat baik,terlalu halus calar yang ada padanya...tak sampai pun 0.03% pada keseluruhan cermin,takkan nampak kalau tengok macam tu je...bezel pun telah digantikan dengan yang baru...mustahil yang asal kerana jam ni dari tahun 1972...

stopwatch boleh digunakan...semua jarum bergerak cantik....cuma masa nak reset kadang2 tak menunjukkan ke angka 12...kena tekan 4-5 kali butang reset tu kalau nak jarum saatnya kembali ke tempat asal

jam juga boleh dikunci secara manual dengan memusing crown


mula2 aku dapat jam ni,jarum saatnya masih disaluti dengan warna oren,masa ambil gambar2 jam...hampir separuh dari warnanya tanggal...dah memang ajalnya bila sampai ke tangan aku...hilang sikit seri jam ni bila warna pada jarumnya telah luntur...maka,terpaksalah aku bukak & bersihkan bahagian dalaman dailnya dengan perasaan sedih & ambil gambar2 yang baru...

casing telah dipolish dengan kemas

dari tepi baru nampak ke'ufo'annya

no siri : 269686

merujuk jadual dari artikel dunia jam,jam ni adalah yang ke 9686 & dikeluarkan pada bulan Jun 1972

caliber 6138-0011 & telah diservis pada awal bulan Ogos,ketepatan masa memuaskan


tali jam ni aku tak jual,sendiri punya ni...aku beli tali ni sebenarnya untuk Seiko Bullhead aku nanti disamping menggunakan tali fishbone

saiz lug sebenar untuk Seiko UFO adalah 19mm...tapi tali kulit yang sesuai untuknya juga adalah saiz 20mm dengan lebar tali yang sekata supaya sepadan dengan bentuk casingnya yang besar,aku dah cuba pasangkan dengan tali yang berbentuk menirus pada hujung buckle,tak sesuai...

lain semua ok bagi aku,cuma jarum saatnya kena dibaikpulih/cat baru...

nak buat kat mana ye?aku takde pengalaman mewarnakan balik jarum2 jam yang dah tertanggal

sapa tau?

4 comments:

  1. Ijan, jarum saat tu guna canspray jer, tapi kena sembur dari jarak 2 meter..err. ini petua tradisional org dulu2 kal.

    ReplyDelete
  2. ya betul kata kau,memang dah ada dlm kepala otak aku dah nak spray je...nak tunggu rajin & ada masa je skarang ni....

    ReplyDelete
  3. salam,boleh cari lagi jam ni,dalam berapa harganya?

    ReplyDelete
  4. sekitar rm1k ke 2k...refurbished selalunya murah sikit,yang mahal adalah jam yang condition bagus dengan part2 asli masih kekal bersamanya...

    ReplyDelete