Saturday, September 24, 2011

Jalan2 jumpa kawan2



Aku nak jalan2 KL-Ipoh-Pulau Pinang 30/9 - 9/10 ni...perancangan ni aku buat sebelum Hari Raya setelah aku tak tau nak beli jam apa lagi untuk koleksi sendiri sedangkan bajet ada...aku fikir2,dari beli jam...baik jalan2 jumpa kawan2...hahaha....

bermula di KL nanti, 1/10 insyaAllah aku akan berada di Stadium Merdeka melihat Konsert Sweet Charity & bersama Tuan Syed Mohri & Tuan Saiful Rais,salah seorang pengumpul tegar jam2 art deco...lepas konsert dah janji nak jumpa Zul Pat2 Sikulipat & Hassan Detik 12...harap ada peluang la nanti...

lepas 2-3 hari di KL aku akan ke Ipoh,nak cari Muzill LT Watch Gallery di sana,dia offer nak ambik aku di KL dari Ipoh....tapi rasanya aku nak naik keretapi laju je ke sana...nak merasa juga naik keretapi...

Azlan dari blog Jamkoleksi pun aku nak jumpa nanti...

Sebelum ke Pulau Pinang...dalam perancangan nak jumpa Razmizan Qistina,Fitri Dabu Dabi....& beberapa lagi blogger yang aku rasa ada yang berdekatan..kontek la aku bagi cadangan mana sorang yang patut aku jumpa dulu kalau aku berangkat dari Ipoh...

di Pulau Pinang pula nanti boleh la melawat Haizul Antik....

9/10 nanti aku terbang dari Pulau ke Kuching....membuat kunjungan balas kepada So Kuok Ming Vintage Watch,sehari selepas tu baru aku balik ke Bintulu

sempat ke nak jumpa semua ni?aku nak kena bawak jam2 jugak ke?tak payah la kot....eh...payah...bawa la sikit untuk cuci2 mata...

Semoga semuanya nanti akan dipermudahkan Allah S.W.T

4 comments:

  1. seronok ni , rasa nak ikut ni, tapi tak leh cuti, ok, sampai kuching call aku aku ambik dari airport

    ReplyDelete