Saturday, February 28, 2009

69. AVIA (SOLD)

ada sorang buyer aku dr kuching dulu,lama dah tak dengar khabar...dia ni suka jam yg buruk2/lusuh2 je..macam jam avia ni lah,kalau jam lama yg dlm keadaan masih baru/refurbished dia tak pandang...nak hairan apa?selera masing2

manual,dail original...casing sederhana je besarnya...30mm,tali 16mm fleksibel
dari jenama fixo-flex

salah satu telinga/lugnya aku tengok dah diubahsuai oleh pemilik asal dimana pinnya dipateri terus supaya ia menjadi fix lug...

cermin tak payah tukarlah...masih ok

uzur betul rupa jam ni dari luar tapi bahagian dalaman begitu bersih... prestasinya pun memuaskan...laju seminit je dlm masa 24 jam...

BUYER : ABDULLAH A. JAAFAR,SHAH ALAM.

68. EVERITE EMBASSY by H.Samuel (SOLD)



SWISS MADE

1960an/manual/17 jewels

dail original dalam keadaan bersih

saiz casing 34mm/cermin baru

berfungsi dgn baik & hanya bertambah 1 minit dlm masa 24 jam


tali baru diperbuat daripada nylon & bersaiz 18mm

crown baru (stem sedikit panjang & mempunyai jarak 1mm antara crown & casing)

BUYER : PANG CHENG KOK,LABUAN.

67.ELGIN SHOCKMASTER/FOR REPAIR (SOLD)


manual/gold plated casing/16mm lug size

BUYER : NG BOON SWEE,KUANTAN.

66.SMITHS EMPIRE (SOLD)

made in gt.britain/5 jewels/casing berwarna keemasan berdiameter 33mm
dail asli
tali baru bersaiz 18mm
beroperasi dgn baik,cepat 6 minit dalam masa 12 jam

BUYER : ROBERT KARPIAK,WATERLOO ONTARIO (CANADA)

65.MuDu AUTOMATIC (SOLD)

buatan swiss/25 jewels/doublematic
dail asli/casing saiz 34mm/pelarasan haribulan secara non-quick set(9 to 12)
beroperasi dgn baik & ketepatan masa memuaskan

BUYER : HJ.ABDULLAH B.DAUD,KUCHING.

*** jual nama bapak

kalau nak mmbeli brg dr mudah.com kena hati2...kat situ la senang seller menipu sbb takde sistem feedback mcm di ebay/lelong...ramai jugak yg kena berdasarkan forum2 yg aku baca...sedangkan ebay malaysia sndiri ada jugak yg menipu...hati2 la dgn pnjual ebay yg baru dpt 0 point atau point yg dibuat mcm sendri bikin saja...taklah semua,tp kalau offer dah terlalu murah & mcm tak logik je...kena fikir betul2 la....kalau jumpa face 2 face ok...yg masalahnya seller d smnanjung...buyer d sabah...macamana nak jumpa tu?

jadi,kalau nak selamat,suruh la seller tu hantar dia punya salinan2 dokumen spt IC,buku akaun bank yg nama & nombornya dpt d lihat dgn jelas...kalau nak lebih lagi,suruh la dia bagi salinan bil2 air/karan/telefon/kredit kad dia yg nama & alamat rumahnya boleh dilihat dgn jelas...atau mintak no telepon tmpt kerja dia...tu semua penting tu...kalau dah percaya baru la boleh deal dgn senang hati di lain hari...

aku?kalau kat sabah & sarawak ni...aku dah bagi nama seller aku di ebay(jamlama) yg 100% feedback positive pun org masih takut nak beli...jadi,aku jual la nama bapak aku untuk pengesahan yg aku ni seller/org yg boleh diharap...aku bagi no. hp bapak(0138119999) aku je utk buyer yakin aku ni bukan penipu...& suruh dia org google namanya...engkorang d semenanjung nak google jugak?boleh la...sila ke google,taip nama Fauzi Saadi Diol & klik search...

lepas tu mmg korang terus 'beriman' dgn aku lah...gerenti...

Friday, February 27, 2009

64.FAVRE LEUBA GENEVE SEA KING(SOLD)


manual/original crown/new 18mm leather band/new acrylic glass

BUYER : MR.SONG,BINTULU.

63. SWISS DE LUXE (SOLD)

casing warna keemasan 32mm diperbuat dari aluminium(patut le ringan je....)

manual & tiada jewel

ketepatan masa kurang 5 minit dlm masa 12 jam

fixed lug

strap nylon baru bersaiz 18mm

BUYER : M.HASLAN,IPOH.



62.PREXA AUTOMATIC (SOLD)

25 jewels/casing 34mm PLAQUE G10

dail sangat bersih/cermin terdapat kesan calar tetapi telah dipolish utk mengurangkannya
tali 18mm berkualiti tinggi(calf grain/waterproof)
ketepatan masa hanya bertambah seminit dalam masa 12 jam

BUYER : FUNG CHI VUI,PENAMPANG

61.VALEX DE LUXE (SOLD)

buatan swiss/manual,casing 33mm bersalut emas(plaque G10)

17 jewels/dail asli/cermin baru
rekabentuk klasik mcm ni la aku minat
secebis sejarah jam terukir di belakang casing/tali kulit baru 18mm
crown asli tak bertanda

BUYER : BENET RAPUS,BINTULU.

60.LORUS (SOLD)

jam buatan jepun dari keluarga SEIKO...belum pernah digunakan...simpan dlm laci je...suka tengok bentuk jarumnya,yang membuat aku tak berfikir panjang utk mengambilnya menjadi 'jam angkat'

cermin kaca biasa,kalau rajin boleh upgrade ke kaca sapphire

pergerakan jam menggunakan bateri

tali kulit baru bersaiz 18mm

BUYER : WAN M. SOFIAN,SEBERANG TAKIR.

59.MOUNT ROYAL 80 JEWELS(SOLD)

dial original,cermin dah ditukar dgn yg baru,baru clear....

tetingkap haribulan berfungsi dgn baik mengikut pelarasan sistem 24 jam

casing saiz 35mm,goldplated/plaque G10,keadaannya agak lusuh...ok la tu,kalau nampak baru tak cun pulak dgn dailnya yg dah tua...tapi tali dah ditukar dgn baru bersaiz 18mm,takkan nak pasang dgn tali yg lusuh jugak...tak best la...

pergerakan automatik & menggunakan 80 jewel(banyak betul...)


BUYER : LOO NGEE KHIONG,KUCHING.

Wednesday, February 25, 2009

58.ORIS AUTOMATIC(SOLD)



21 jewels/automatic/anti shock/new 18mm nylon strap/not original crown/running & keep time

BUYER : M.ASMAR ASBOLLAH,KUALA PERLIS.

57.ROTARY / BOY SIZE (SOLD)

ni la dia kawan baik kepada ROTARY men size tu tadi...casing berdiameter 29mm je,original dail tapi takde jenama ditulis disitu...kpd yg mahir melukis benda yg kecik2,boleh la lukis bunga tudor betul2 kat bawah nombor 12 tu...


belakang casing licin je...macam tudor..(tudor lagi...)


crown pun tak bertanda


gambar enjin dia takleh ambik...aku takde tool utk bukak casing jenis ni,satu2 gambar yg aku ada hanyalah dari pemiliknya yang asal...tu pun kecik je...enjin yg cantik spt longines...kat gear dia tu ada gambar 'roda bersayap'

jam berfungsi dgn baik & boleh diharap...dlm masa 24 jam masih keep time dgn cemerlang

BUYER : M.HILMI ALIAS,ALOR STAR.

Tuesday, February 24, 2009

56. ROTARY / MEN SIZE (SOLD)

ni lah kali pertama aku dapat jamlama ROTARY buatan swiss setelah mencarinya sekian lama...dua bijik lagi tu...salah satu yang aku nak list dulu dalam blog ni adalah yang berdiameter 35mm ni...simple je designnya....dail begitu bersih...dgn logo trademarknya 'roda bersayap' yg begitu jelas

jam ni sampai dua hari lepas...gembira sungguh rasa di hati...hampir sebulan menunggunya(biasanya 2 minggu je kalau takde masalah spt ditahan oleh pihak kastam untuk diperiksa,ketiadaan org yang berkelayakan utk mengesahkan kandungan brg kiriman dan sebagainya) terbang dari UK,sampai aku terpaksa kontek sellernya di sana kerana takut jam ni dah hilang entah ke mana...dah la aku mintak kirim pakai pos biasa je,mana ada insuran....kononnya nak jimat kos...tapi aku yakin dgn royal mail dari UK....walaupun pernah hilang dua kali...tapi,di lain hari kena fikir 2 kali lah nak guna pos biasa ni lagi,buat saspen je


ok lah,movement menggunakan 21 jewels,manual...cermin dalam keadaan baik,crown original tak bertanda


rekabentuk penutup casing yg menarik,nampak seperti sudah dipolish untuk mengurangkan kesan calar,aku nak bukak penutup ni tadi nak ambik gambar movement...tapi takut pulak calar sana sini...tak payah la....biar jadi misteri...

satu lagi yg menarik ialah tali 'bead of rice'nya yang boleh dilaras mengikut saiz semasa jam ni berada di pergelangan tangan,1st timelah aku tengok tali 'berteknologi' macam ni...jakun jugak aku rupanya...



jam beroperasi dengan baik & memuaskan,cuma cepat seminit dalam masa 24 jam....


utk jam2 ROTARY yg moden,boleh la klik link di bawah utk cuci mata :

http://www.rotarywatches.com/uk/index.aspx


BUYER : MOHD KHAIRI AHMAD,CHEMOR.

Sunday, February 22, 2009

55.ENICAR STAR JEWELS(SOLD)


manual/17 jewels/original crown/20mm band

BUYER : ABD.KARIM SALLEH,KUCHING.

54.1967 OMEGA SEAMASTER AUTOMATIC(SOLD)

~ automatic,running & keep time ~ caliber 565,24 jewels ~ serial number : 25234708 ~

non-quick set date function ~ new crown (not original) ~ professionally refinished/refurbished dial

~ acrylic glass in very good condition ~ new 18mm nylon strap with gold colour buckle ~

~ recently serviced on January 2009 ~


BUYER : ROGER CUEVAS,HIALEAH (UNITED STATES)

53.SMITHS EMPIRE TRAVELLING CLOCK (SOLD)

made in gt.britain/cermin plastik/penutup casing diperbuat dari kulit & sedikit lusuh/jam dlm keadaan baik & berfungsi




BUYER : JOHANNES TJAHJADI,JAKARTA(INDONESIA)

52.PETER ALARM CLOCK(SOLD)


ni lagi satu jam loceng yg aku ada,buatan jerman...kalau ada collector yg bernama peter tu,jam ni memang khas utk dia lah...keadaan memang sempurna serba serbi...gambar ni di ambil tahun lepas...besar betul jam ni,dah la besar...berat pulak macam batu bata...diameternya 130mm,tinggi pulak 150mm...aiseh,dah pukul 3 pagi rupanya...aku tido dulu la...

BUYER : JASON CHIA (SIBU)

51.RUSSIAN MADE ALARM CLOCK (SOLD)


tgh kemas2 almari lama terjumpa jam loceng ni dlm laci,jam ni tak silap aku beli sama ada dari ukraine atau bulgaria pertengahan tahun lepas...lupa dah...(komunis mana la punya jam ni dulu...)walaupun berkarat di bahagian luar,jam ni masih beroperasi dgn baik...loceng penggera pun masih boleh diset mengikut masa yg kita nak...yg jarum kecik tu bukan jarum saat,tu la jarum utk set alarm/penggera


aku tak tau apa brand jam ni,yalah...dah tulis dlm bahasa russia mana nak faham...huruf2nya pun terbalik sana sini...yg aku faham..11 KAMHEN tu maksudnya 11 jewels


cermin plastik,diameter casing 80mm,tinggi 94mm...utk calibrate masa,boleh set dari luar jam sahaja...jam ni 'keep time',jgn la gatal2 nak adjust button kat belakang tu...tapi aku dah tanda guna marker...takut2 ada org yg tangannya gatal nak adjust jugak


BUYER : HJ. OMAR B. ALI,CHERAS.

50. BRASS CASING WATCH (SOLD)


jam ni takde jenama...kat movement cuma tulis swiss unadjusted/17 jewels,casing diameter 32mm & diperbuat dari tembaga,dail pulak diperbuat dari kuprum,jarum saat hilang dah...kena cari ganti...

cermin retak dari sebelah dalam antara pukul 6-7 & pukul 2-4

satu perkara penting(wasiat) yg perlu diambil perhatian ialah ,salah satu lubang pada lug tu dah haus tapi masih boleh menahan spring bar dari tercabut...sepanjang aku pakai jam ni tak pernah pulak dia tertanggal dari tangan,tapi dlm keadaan santai lah...kalau bawak mencangkul di kebun mungkin boleh tanggal jugak...terpulanglah kpd sesiapa pemilik seterusnya nanti macamana nak buat...sama ada nak cari casing baru ke,nak solder ke...


tali baru bersaiz 16mm diperbuat dari nylon...jam beroperasi dgn baik & memuaskan

BUYER : THOMAS TORJESEN,GRESSVIK (NORWAY)

Saturday, February 21, 2009

49.WEST END AUTOMATIC (SOLD)


automatic/15 jewels/mineral glass/all original part

BUYER : MR.SONG,BINTULU.

48.TIMEX (SOLD)

...tinggal 2 lagi timex dalam simpanan aku termasuk yg ini,semalam yg automatik dah dibeli oleh kawan aku yg bekerja di pos malaysia...akhirnya berminat jugak dia dgn jam2 mcm ni setelah sekian lama menolong aku dalam hal2 berkaitan urusan pos...

timex ni adalah dari jenis manual,keadaan dail sangat bersih dan
casing hanya mempunyai sedikit kesan calar

nombor siri(yang tertulis di bahagian paling bawah dail) adalah 16860 02776...seperti biasa,2 digit terakhir menunjukkan tahun jam ini dikeluarkan iaitu pada tahun 1976

cermin jam retak dari bahagian dalam antara pukul 1 & 2...haribulan dari jenis non quick set...tali bersaiz 19mm...jam beroperasi dgn baik...


BUYER : KUHEN NAVARATNAM,LABUAN.

Friday, February 20, 2009

47.INGERSOLL (SOLD)




manual,5 jewels,shockproof,saiz casing 28mm,cermin & tali kulit 16mm baru,jam beroperasi dengan baik tetapi perlu dikalibrasi(calibration)

BUYER : ABDULLAH A. JAAFAR,SHAH ALAM.

46.ACCURIST(SOLD)


manual/crown replaced/21 jewels/18mm leather band/cracked glass

BUYER : LEE HOCK BOON/JOHOR BAHRU