Thursday, March 31, 2011

593. NEW RADO DIASTAR AUTOMATIC (RM3000)

pagi tadi notebook aku kena virus + spyware...habis semua gambar2 jam yang aku simpan untuk aku upload sikit2 ke dalam blog rosak...boring betul bila kena macam ni

ingatkan nak remove sendiri kuman2 tu semua ikut pengalaman2 lepas,tapi tak berjaya pula...senang cerita,terus ke kedai komputer...suruh diaorang lagi bagus...nak suruh kawan aku,dia pula letih baru balik dari laut memancing ikan

180 minit masa diperlukan untuk cuci balik notebook aku tu dari virus + spyware,lama tu...baik aku jalan2 bandar...nak balik rumah malas

lepas pekena vanilla shake & roti tuna,terus ke kedai jam kawan aku...tengok2 apa yang dia ada

eh kawan...ini Lado Laista kuat bagus,gua sudah jual 3 woo...itu satu lagi tinggal...lu ambik gambar,kasi jual...kasi lu lui sikit

crown berskru,macam jam diver la pulak...bagus...

solid + berat

2 tahun waranti dia bagi

set lengkap

clasp diperbuat dari titanium...apa motifnya tak tau pulak aku...nak kurangkan berat badan kot


ni dia kalau dibezakan dengan Rado Diastar yang biasa

memang besar

38mm x 48mm

jam 'telur' kata kawan aku

& gambar2 jam ni je ada dalam notebook aku sekarang...lain semua dah rosak

notebook pun dah ok

aku je tak

huh...

klik di sini untuk jam2 yang lain


Wednesday, March 30, 2011

592. RADO VOYAGER (SOLD)

591. BULOVA #6 (SOLD)


BUYER : LOI FUEI WOEI, J.B.

klik di sini untuk jam2 yang lain


590. MONARCH DE LUXE (SOLD)


jam rosak jugak ni,tak jalan

26mm x 28mm case

saiz lug 16mm

kemungkinan gold plated...kalau aku tak nampak tanda2/simbol2 tentang maklumat kandungan emas pada mana2 bahagian jam...aku tak berani kata goldplated/goldfilled/rolled gold tu semua

mana la tau benda lain yang orang taruh sana

nanti buyer hantar jam ni untuk ujikaji kandungan logam pulak & marah kat aku kalau dia dapat tau takde sedebu emas pun pada jam ni

cermin retak sikit di bahagian tengah tapi tak serius...keseluruhan cermin masih boleh diharap untuk melindungi bahagian dalam dail

nampak gemuk pula dia,crown ori tak bertanda

ada harapan untuk hidup balik jam ni...cubalah hantar repair/servis

standby je bajet untuk tu...

klik di sini untuk jam2 yang lain


Tuesday, March 29, 2011

ORDER ITEM #37 : ADIDAS GAZELLE SHOES

dari U.S.

p/s : aku lebih suka logo adidas lama dari yang baru...

http://myworld.ebay.com/highkickz/

TUKANG ORDER : ASONG ABAS,BINTULU.

589. GRUEN PRECISION AUTOWIND (SOLD)

33.5mm diameter goldplated case

tali baru 18mm

crown boleh tukar baru kalau terjumpa yang berkenan,projek jangkamasa lama tu...takyah la gopoh gapah cari...tak urgent sangat...lagipun,jam automatik...

berfungsi dengan baik,dah 3 hari dalam watch winder...nampak sihat je

jantung pun sihat

walaupun sihat,jam ni tak tau la bila kali terakhir dia buat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh

BUYER : KAMAROZAMAN B. DOL,K.TRENGGANU.