Friday, February 20, 2009

45.ELGIN AUTOMATIC(SOLD)


automatic/17 jewels/new plastic glass/new unsigned crown

BUYER : ASKANDAR MALIKI,BALINGIAN.

44.CITIZEN NEWMASTER(SOLD)


manual/21 jewels/crown signed/non-quick set date function

BUYER : SUTESH KUMAR,KAJANG.

43.OMEGA GENEVE AUTOMATIC (SOLD)

lama dah aku tak beli jam OMEGA,last sekali aku beli jenama jam ni adalah versi palsu dari lelong.com(yalah...yalah...aku pun pakai jugak jam replika ni)...boleh tahan jugak...ramai yg tertipu...tapi tu tak kira...utk cerita2 je.....

jam ni baru sampai semalam,aku ambik dari US...hantar pakai EMS dr sana...7 hari je sampai...ni OMEGA ke 5 yg aku beli...kalau ni dah jual,baru aku cari lagi yg lain...aku tak banyak jam la...sikit2 je aku ambik...kawan aku si jamkoleksi tu banyak la...boleh buat ekspo...he..he...(hai Lan!!?buat ape tu?tesis dah siap?)

casing diameter 34.6mm,bersalut emas 20 mikron...dial warna keemasan adalah asli & dalam keadaan sungguh memuaskan...cermin original,berkanta & bertanda di tengahnya,crown juga original...fungsi haribulan dlm keadaan baik serta beroperasi secara quickset

penutup casing adalah dari jenis tekan & tutup...movement adalah sangat bersih,nombor siri adalah 40,246,263,di mana dua digit pertama menunjukkan jam ini dikeluarkan pada tahun 1977(sama umur aku rupanya),kalau nak check umur jam OMEGA,boleh la rujuk di http://www.omegawatches.com/cu_vintage/img/movement.pdf

terdapat 23 jewels pada movement,caliber nombor 1022...apa yg aku baca,caliber 1022 ni jugak dipakai oleh model Constellation,boleh rujuk di http://users.tpg.com.au/mondodec//Movement4.pdf

tali jam adalah bersaiz 18mm,tali yang aku pasang untuk tujuan fotografi ni cuma sementara saja,akan dipasang dengan tali kulit berkualiti tinggi sedikit masa lagi...ada soalan?

BUYER : MUZILL MANSOR,IPOH.

Thursday, February 19, 2009

42.LEAR/FOR REPAIR(SOLD)


ni satu lagi utk repair,swiss made,15 jewels,jam tak jalan langsung,telinga pulak patah...

BUYER : FAKHRUL RAZI B. AYOB,IPOH.

41.PUERTA/FOR REPAIR(SOLD)


17 jewels,special de luxe,ultra flat...kat casing belakang tulis fond acier inoxydable/swiss made/2220

casing size 34mm,movement bersih & tiada kesan karat,cermin pun ok...jam jalan2 sekejap2 je...lepas tu mati...

jam ni lama dah aku simpan dlm laci je...nak servis pun...jam2 yg lain belum siap lagi,kepada sesiapa yg berminat nak repair/servis jam ni boleh la kontek aku....

BUYER : EHSAN MUSA,IPOH.

40.BULER(SOLD)


manual/17 jewels

http://www.buler.ch/en/home.html

BUYER : LEE HOCK BOON,JOHOR BAHRU.

39.ELGIN AUTOMATIC(SOLD)

swiss made/gold plated/pearl colour dial

BUYER : ROSLI ABU BAKAR,MIRI.

38.CLARIDGE(SOLD)


1920's/manual/rolled gold casing

BUYER : LEE HOCK BOON/JOHOR BAHRU

37. MAJEX(SOLD)


manual/15 jewels/gold colour casing

BUYER : JONG BOON LEONG,KOTA SAMARAHAN

Wednesday, February 18, 2009

36.TIMEX AUTOMATIC(SOLD)

pada pukul 6 dail terdapat tulisan kecil 46661 3271,aku diberitahu oleh seorang penjual jam yg 2 digit terakhir menunjukkan tahun jam ini dikeluarkan iaitu pada tahun 1971..bermakna jam ni dah berumur hampir 40 tahun

pergerakan adalah automatik & ketepatan masa boleh dipercayai,hanya kurang 1 minit dalam masa 12 jam jika dibandingkan dengan jam yang berfungsi menggunakan bateri...


casing diameter 34mm,keadaan cermin baik,hanya calar2 yang ringan,setting hari bulan mengikut sistem 24 jam/non quick set,tali kulit baru bersaiz 19mm buatan china

BUYER : PAYONG,BINTULU.


*** missed call

kadang2 banyak jugak missed call ke hp aku ni dari nombor2 yg tak dikenali...selalunya dr org yg nak beli jamlah...kalau tak pun dr org yg kononnya dari service centre pelbagai kredit kad yg aku pakai

mula la dia org pok pek pok pek dgn tujuan sebenarnya nak jual insuran,promotion itu ini......yg hairannya tanya pulak bila kad aku expired...cakap dari service centre...tapi takkan tak tau expired date utk customer bila...tak logik betul

mintak maaflah pd sesapa yg call sampai 5-6x tp aku tak angkat tu...aku takleh nak bawa sama hp aku ni ke kwsn kerja aku di loji...jadi,tinggal dlm beg je lah & on silent mode...missed call pun aku memang tak call baliklah kalau no aku yg tak kenal

kenal pun,aku biasanya sms je...yalah...ada la dulu rajin call back,tp bil telefon jadi tinggi pulak...ada jugak aku call back customer,tapi aku rasa macam kena wawancara pulak...nego punya nego...hujung2 tak jugak beli,akhirnya...aku pulak yg kena bayar bil telefon

tu la main sms je skarang ni

Tuesday, February 17, 2009

35. ALLAINE AUTOMATIC(SOLD)





casing gold plated 10 mikron...case diameter 34mm,dail original,cermin ok,takde retak/pecah...nak tukar boleh jugak sbb dah kabur.... ,non-quick set date(8pm - 12pm),tali jam baru 19mm kualiti sederhana buatan china

berfungsi dgn baik

BUYER : EHSAN MUSA,IPOH.

Monday, February 16, 2009

30B.OMEGA SEAMASTER CHRONOMETER(SOLD)






...sambungan

*apa tulis $6300 tok?madah meli $7500?

+ sik....kau salah dengar ya...kinek tok aku nangga rega jam tok $7500...bukan aku meli $7500......

* oooo....boleh jual murah agiklah mun kedak ya...

+ jual $4000 lah

* $3500 dah la...sik termasuk pos

+ boooleh laaa...

dengar tu?tu la harga paling rendah kawan aku boleh offer...kotak masih ada tapi keadaannya dah mula nak lusuh...tanda harga asal pun masih ada...

yang lain chronometer certificate/manual instruction semua masih disimpan dgn baik...jam adalah automatik,casing size 35mm,dibeli pada tahun 2004 & kali terakhir diservis pada tahun lepas(2008)

34. ORIS SUPER GOLD PLATED MANUAL(SOLD)




lupa pulak aku nak list jam ORIS ni dlm blog...lepas pasang tali kulit(waterproof calf grain)berkualiti tinggi bersaiz 16mm ari tu...elok je dia lepak2 dalam laci...jam lama manual ni menggunakan 17 jewels & berfungsi dgn baik.....saiz casing pula 33mm

bahagian tengah dail adalah bersih(kecuali sekeliling markernya yang telah ditelan usia) ...oleh kerana cermin yg calar2 menyebabkan sebahagian tulisan ORIS SUPER/17 JEWELS?ANTI-SHOCK pada dailnya seolah2 hilang...tapi jgn susah...aku dah bukak cermin dia untuk ambik gambar dailnya yg sebenar,lihat betul2...bersih kan?

nak set jarum jam ni kena tarik crown,tahan dan pusing...kalau tak ditahan,crown tu masuk balik dgn sendirinya...tak spt biasa...ada la benda dalam tu yg dah malas bekerja...ataupun dah pencen...ala...sikit je...janji dapat set jarum jam...kan?

***kena ingat...tali tu memang waterproof...tapi jam tak...

BUYER : MOHD KHAIRI AHMAD,IPOH.

Sunday, February 15, 2009

33. RADO KING DIAMOND (SOLD)


automatik/20mm saiz tali

jam berfungsi dengan baik

BUYER : MUSABAQAH MELIKI,BALINGIAN.

32. TIMEX (SOLD)





salah satu jam yg aku rasa nak kena pakai dgn penuh hati2 ialah timex lama(sudah tentunya bukan timex indiglo...)...sbbnya ialah,kebanyakan spare partnya susah nak cari & boleh dikatakan takde...kalau ada jam ni,jagalah dia baik2...jgn sekali2 jatuh...kalau ada part yg patah nanti...mana nak cari spare?tukang2 jam pun ramai yg aku tanya,jawabnya..."aiyaa...ini jam ka?susah wo...."

pakai timex lama ni seumpama pakai jam 'pakai & buang'...tapi kalau rosak jangan buang la....simpan dalam frame....contohilah aku...ada satu timex aku tu dah diabadikan di dalam bentuk frame & lekat di dinding ruang tamu rumah aku ni...ramai jugak yang suka tengok...

timex yang tuan2 lihat di gambar ni adalah buatan amerika tapi dipasang di taiwan..dial sungguh bersih,kalau tak kerana calar2 pada cermin tu...memang cantik lagilah...tapi selagi tak pecah teruk,tak payah la tukar cermin....selalu jugak aku kena sound tukang jam bila aku nak tukar cermin yang calar2..."tidak payah la...masih bagus...apasal mau tukar?"..hairan aku..diaorang customer ke aku customer?tapi...ada betul jugak kata tukang tu....

casing saiz 33.5mm,jarum jam cantik kaler hitam...tali jam kulit kualiti sederhana buatan china bersaiz 19mm(nak pasang tali kualiti tinggi nanti mahal pulak harga jam ni...)

jam beroperasi dengan baik...ketepatan masa boleh diharap...tak lari seminit pun dlm masa 12 jam...

BUYER : SCOTT MILLER,WILMINGTON (UNITED STATES)






Saturday, February 14, 2009

31.SEIKO AUTOMATIC (SOLD)






automatic
running & keep time
17 jewels
original dial
original & beautiful bead of rice ss band

BUYER : ANDREW ONG,SUBANG JAYA.

30A. PREVIEW : OMEGA SEAMASTER(SOLD)







Pagi tadi semasa balik dari kerja syif malam,tengah mamai berjalan menuju ke kereta aku terkejut dengar bunyi hon...rupanya kawan panggil....

+ "Ha!Aku meli Rolex Submariner ari ya...rm2xxxx....mintak tolong kau jual aku empun Omega tok!Aku meli dolok 7500,kau letgo 5000 dah la..."

* "Mahal gilak ya aji...kurang sikit la..."

+ "Padah jak 5000 dolok,sapa2 minat...kelak rondeng gik bah..."

* "Oklah...embak sitok jam ya,aku nak ngambik gambar...box & paper agik ada ka?"

+ "Ada...warranty card semua ada...tapi maok carik dolok lah..."

* "Aoklah...malam kelak ku ngagak kau gik..."


Ni,dia...Omega Seamaster Professional Chronometer....ikutilah sambungannya....

BUYER : AKU SENDIRI

29. WEST END WATCH 18mm CURVED END BRACELET(SOLD)




tali terpakai ni utk curved end ye...kalau korang punya casing flat,tali ni memang tak sesuai la...

BUYER : JASON CHOW,DALLAS (UNITED STATES)

28. RADO PHANTER/HEAD ONLY (SOLD)

Ni ada satu lagi RADO automatic yg belum diservis...jam ni degil...betul2 degil...jalan kejap je...lepas tu buat2 mati pulak...ni perlu complete overhaul la ni...dail hitam original,cermin kaca,21 jewels,kaliber 2066,crown tak ori,quick setting date/day(haribulan boleh tukar,hari takleh pulak...degil betul...),saiz lug untuk tali 18mm...

BUYER : RUSSELL CAUDLE,ELMONT (UNITED STATES)

Friday, February 13, 2009

27. RADO PURPLE HORSE/HEAD ONLY(SOLD)


Aku ada satu RADO PURPLE HORSE automatik,jam ni jalan ok...yang tak oknya tengah syok2 pakai sehari dua mula la dia mogok....tengah di tangan pun dia boleh tido..ketuk2 sikit ok balik la dia...aku nak hantar untuk servis tapi sibuk jugak sekarang ni..tapi aku sibuk takpe,masalahnya tukang jam pun sibuk sama...sementara tunggu dia tak sibuk,aku letaklah dalam blog ni,mana la tau tukang jam korang tak sibuk...boleh la aku jual jam ni untuk korang servis sendiri....

Jam ni guna 17 jewels,caliber 2824-2,movement (ETA) & sangat bersih serta tiada kesan karat.Crown original dan bertanda(sauh kapal le....) manakala tanda sauh kapal pada dial pula dari jenis boleh pusing...cermin calar siikiiitt je...

Amacam?Berminat?Apa?Mahal?Kontek la aku untuk berunding lagi...

BUYER : MOHD KHAIRI AHMAD,CHEMOR.

26.MILUS(SOLD)




Jam MILUS automatik buatan Switzerland ni memang cantik(pada pandangan aku la....)Cermin akrilik/plastik lamanya telah ditukar kepada yang baru semata-mata untuk menyerlahkan kebersihan permukaan dail.Tali jam juga adalah baru & bersaiz 18mm.Casing goldfillednya pula berdiameter 34mm.

Fungsi haribulan adalah dari non-quick set(setkan jarum jam dari 8pm ke 12am untuk menukarkan haribulan) manakala crown pula adalah original tetapi tidak bertanda.Penutup belakang casing diperbuat daripada stainless steel.

Jam beroperasi dengan baik.

BUYER : PANG CHENG KOK,LABUAN.