Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011


Assalamualaikum & salam sejahtera...tak sempat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya melalui blog aku ni...ucap melalui facebook & sms je...hahaha....2 hari sebelum raya,komputer dah dicabut & disimpan baik2 untuk dibawa bersama sewaktu bercuti...jam2 pun disimpan dalam beg...tak senang hati nak tinggalkan barang2 berharga kalau bercuti lama...online pun guna handphone je

semalam baru pasang balik komputer,jam2 pun masih dalam beg...stok2 baru pun masih dalam kotak...belum rasa nak ambik gambar lagi sebab masih dalam suasana raya...eh,aku tipu,tadi ada ambik gambar sikit2 tapi belum edit lagi...sekarang ni pun aku masih bercuti....hari Jumaat nanti baru aku masuk kerja...

dengan ini aku ucapkan pada semua,

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

daripada :

Zulekhzan Fauzi Saadi serta Keluarga


1 comment:

  1. Eid Mubarak bro..rasanya masih relevan, taqaballahu minna wa minkum :)

    ReplyDelete