Friday, October 14, 2011

Jalan2 jumpa kawan2 / Day-1 (30 September 2011/Jumaat)

Landing je di LCCT aku terus disuruh oleh Tuan Saiful ke KL Central (macam dalam cerita polis pulak di mana selalunya penjenayah memberi arahan untuk berjumpa dengan tebusan di satu tempat rahsia) kat situ la kitaorang jumpa...aku sebenarnya tak tau macamana rupa Tuan Saiful masa tu...selalu berurusan guna sms & call je...tapi aku tau dia kenal macamana rupa aku sebab aku ada gambar dalam blog...jadi,tak kisah la...hehe...hari Jumaat pulak tu,sampai pun dekat2 waktu solat Jumaat...

sampai je di rumah saudara Tuan Saiful di Bangsar,parking je kereta,kami ambil wuduk & terus berlari2 anak sambil memegang sejadah menuju ke Masjid Syaidina Abu Bakar yang terletak kira2 200 meter dari rumah saudara Tuan Saiful...masjid penuh pulak masa tu,terpaksa solat atas jalan...langit pun dah mendung,tunggu hujan nak turun je...kalaulah hujan...memang solat dalam hujanlah jawabnya....takpe,pengalaman semua tu...

selesai solat Jumaat,kat masjid tu jugalah aku berjumpa dengan Zul dari blog Pat Pat Sikulipat,disebabkan Tuan Saiful ada urusan lain pada sebelah petang,jadi aku jalan2 dengan Zul...apa2,makan dulu di nasi kandar di Taipan,masa tu hari hujan lebat...Zul ni kerja di Proton...menguruskan keluar masuk barang2 import/eksport syarikat...pitpatpetpot....

tak tau nak pegi mana,aku suruh Zul hantar aku kat Amcorp...lagipun dia nak masuk kerja sebelah petang...pandai2 la aku nanti merayau sana sini nanti...tengok2 dia sekali ikut aku merayau...tak sedap hati tinggalkan aku sorang katanya...terus tak masuk kerja la petang tu haha...

kat Amcorp sunyi sepi,ye la,hari Jumaat...hari Minggu baru ramai pemburu barang2 rare berkumpul di situ...takpe...merayau rayau je...sementara tunggu nak malam...

kira2 pukul 6 petang,kitaorang ke Kelana Jaya,nak bagi balik aku ke Tuan Saiful...Zul selalu tanya aku nak masuk lorong mana...nak masuk lorong mana...betul ke jalan ni...betul ke jalan tu...mana la aku tau jalan KL tu Zul...Zul.....aku ikut je...kau sesat,aku pun sesat sama laaa....

tak jauh dari Kompleks Tabung Haji kami bertiga berjumpa...terus ke Sg. Way,ke kedai cermin mata/jam yang sering dikunjungi oleh Tuan Saiful sebab Rayban Wayfarer aku entah bila framenya bengkok aku pun tak sedar...mungkin terbelit dengan tali beg...kena hantar repair la kejap...


aku & Tuan Saiful,bekas peguam...sekarang konsultan untuk Celcom,Maxis & aku tak tau apa lagi kerja dia

juga seorang pengumpul barang2 antik,kitab2 lama,manuskrip2 lama & banyak lagi...kejap lagi kita tengok antara koleksi kereta antik dia...baru2 ni je minat dengan jam2 lama terutamanya yang bersegi empat/art deco...dari situ la kami berdua kenal...

cukup sibuk orangnya,sekejap2 ada orang call...sekejap2 ada orang call...tapi...alhamdulillah,semasa aku di KL ada juga masanya untuk aku ni...


jam2 Swiss & Seiko lama jadi perhiasan je kat kedai jam ni,tak dijual...cantik2 pulak tu...


mulanya tukang cermin kata rayban aku takleh nak repair lagi...bengkok teruk sampai cermin pun dah terkeluar sikit...ada retak sikit,takut patah....

patah2 la boss...yang penting cuba....kalau ok,oklah..kalau tak ok...terpaksa la cari satu lagi...baru dia berani nak buat...

saspen oi,tapi alhamdulillah....dapat repair...selamat...

berapa tauke?

tak payah la...hehehe...

Zul(kanan) masa ni dah nak balik...aku suruh dia ikut sekali...sebab malam nanti nak jumpa Tuan Syed pulak...takkan nak call2 je,bila lagi nak jumpa,sama dok KL pulak tu....aku tau Zul segan ni...haha...Tuan Saiful pulak cucuk2 dia suruh ikut sekali...

takde pilihan lain...Zul terpaksa ikut...walaupun malu2 kucing...

Datuk Syed Mohri Syed Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tuan Syed / TS,adalah pengasas Kelab Peminat Jam Vintage Malaysia di Facebook,juga orang kuat Kastam Negeri Sembilan...

dulu masa aku mula2 minat jam2 lama,aku beli dari beliau...sekarang beliau pulak banyak beli dari aku...hehehe...kali pertama juga aku berjumpa dengannya...bila aku lepak dengan Tuan Syed,aku teringat ayah aku...sebab mereka berdua mempunyai personaliti yang lebih kurang sama,suara besar,penuh dengan cerita + lawak,mudah bercampur dengan siapa2 tak kira pangkat...senang hati kalau ada kawan2 macam ni....oh ya,boleh cuci2 mata di blog beliau di Irhomdeys Vintage Watch Collection

selepas makan malam kat rumah Tuan Saiful,baru la lepak2 kat luar rumah membelek2 koleksi jam2 Tuan Syed yang not for sale....kalau for sale pun memang tak terbeli aku sebab harga yang sungguh kaw2...Omega Moonwatch pun dah 4-5 bijik,Seiko Tuna....JLC lagi...fuh...taknak ceritalah...seram....

kat luar gelap...kena ada lampu suluh...

tengok Zul tu...berapa kali dah dia kata nak balik...tapi tak balik2 jugak...


tengah2 kita orang belek2 jam,mamat dua orang ni pulak belek2 motosikal antik Tuan Saiful

Volkswagen

Kereta Haji Bakhil...fuh...produksi dari Jerman pernah sewa kereta ni sehari dengan bayaran yang cukup lumayan untuk penggambaran dokumentari di Pulau Pinang,tak sampai 10 minit pun shooting...sempat la Tuan Saiful berlakon sekejap jadi driver...

hampir tengah malam baru habis persidangan jam & barang2 antik...lepas tu aku,Tuan Saiful serta isteri jalan2 cari makan lagi...pukul 2 pagi baru balik...

bersambung...

9 comments:

  1. Menarik betul kereta beliau... VW tu yg paling aku suka tu.. Super rare tu!

    ReplyDelete
  2. aku jatuh hati sama kereta kaler turqoise tuu...

    ReplyDelete
  3. Volkswagen Karmann Ghia...dengar bunyi enjinnya pun dah rasa bahagia...ada jugak peluang aku naik VW tu masa nak ke Bugfest di Summit tempohari...

    ReplyDelete
  4. PERLEPAKAN KITA TAK DPT KU LUPA... TERLIPAT DLM MEMORI BERSEJARAH DIRIKU. MUN KAMEK DI BINTULU, KITAK LAYAN KAMEK SAMA JUAK... BOLEH TEK?

    ReplyDelete
  5. boleh boleh boleh....sama2 kita carik ikan empesut di Mukah kelak....

    ReplyDelete
  6. Ijan,
    Sori malam tu jiwa aku tak berapa tenang,sebab dapat call dari wife kereta rosak kat Setia Alam..

    Apapun peluang berjumpa dengan Ijan,Tuan Saiful Dan Dato' Syed amatlah berharga..Frustlah sebab aku tak sempat nak bawa koleksi jam aku..haha

    Zul

    ReplyDelete
  7. ni cerita kat blog aku pulak
    http://pat-patsikulipat.blogspot.com/2011/10/bila-blogger-bertemu-bloggerpart-1.html

    ReplyDelete
  8. Salam admin boleh sy tau jenis dan model kereta hani bakhil tu

    ReplyDelete