Sunday, March 8, 2009

77. ANCRE 15 RUBIES (SOLD)

jam manual,casing diperbuat drpd nikel berdiameter 33mm & mempunyai 15 jewels ni masa aku dapat dulu rupanya teramatlah daif...dgn talinya yg lusuh,cermin retak,jarum jam & minit yg longgar serta enjinnya yg kotor...

oleh kerana aku mmg minat dgn dail no arabic & jarumnya yg cantik spt jam dinding membuatkan aku beli saja dulu..repair ke tak dapat,kemudian pikir

byk tempat aku tanya d bintulu ni & kebanyakannya tak berani nak repair...kuatnya hati aku nak tengok jam ni berfungsi dgn baik sampaikan aku pernah kontek satu pusat swiss watch repair di semenanjung tapi tak dilayan(iklan saja nampak hebat,tapi tak guna langsung)

mungkin bomoh jam di bintulu ni tak seberapa,bomoh tempat lain di sarawak pun tak kenal pulak...jadi aku ambik keputusan nak hantar jam ni berubat dgn bomoh jam dari ipoh,perak...setelah direkemenkan oleh kawanku di sana

amat menggembirakan,tak sampai sebulan...jam ni pulih sepenuhnya...jarum jam & minit berfungsi dgn baik,enjinnya yg kotor bertukar menjadi berkilauan,cermin pun telah berganti & dipadankan dgn tali berkualiti tinggi bersaiz 16mm & masih lagi dlm keadaan elok sampai sekarang ni

jam ni pernah aku letakkan di ebay dgn harga yg begitu tinggi (lebih rm900) dgn tujuan takde org beli sbb mmg tak nak jual pun...saja je letak...

sekarang ni aku dah dapat jam pengganti yg designnya lebih kurang jugak(arabic lagi...) dgn diameter yg lebih besar,jadi aku ambik keputusan untuk melepaskan ANCRE ni pergi...nak tengok jam baru aku tak?ni dia...




BUYER : RAYMOND LAI,CHERAS.

No comments:

Post a Comment