Wednesday, August 12, 2009

...menipu?

sehari selepas aku tulis artikel pasal pin jam diver tu,ada satu sms.."apa crita ni,jam diver yg ko jual ni problem?" dari DIVER...aku ingatkan sms dari blogger mylocken Zulhairi,sebab kebetulan jugak dalam handphone,aku save nama dia sebagai DIVER

aku reply la balik "bukan jam aku la....lan jamkoleksi punya!!!"

dia pun reply la balik "x pe la kalau kau menipu pun,selamat kat dunia je...kat akhirat kite jmpe kn..."

aik?ni bukan Zulhairi punya stail sms...aku reply balik apa masalahnya?

ooo...rupanya dia ni pernah beli jam aku melalui mudah.my..apa jamnya tak boleh la bagitau mana satu...jam tu dah diservis,tali & cermin tukar baru...aku promote memang tip top condition,ye la....dah overhaul kan?sepatutnya takde masalah...tapi kalau masalah nak datang,dia bukan kira jam baru ke lama...dia kata jam tu ada masalah dengan jarum saatnya yang bergerak laju dari biasa

la...ingatkan siapa tadi terus tuduh aku menipu...terkejut jugak aku sbb ni first time aku kena tuduh mcm tu....tapi setelah aku buat penjelasan panjang lebar,dia pun dapat terima hujah2 aku

cuma aku nak katakan disini,hobi kumpul/beli jam lama/terpakai ni,salah satu masalah utamanya ialah takde gerenti...walaupun dah direpair/overhaul/servis...kemungkinan jam tu bermasalah atau rosak balik adalah tak mustahil,kepada yang tak sanggup menghadapi masalah macam ni...belilah jam baru yang masih ada gerenti/waranti

aku ada gak tak bagi refund pada jam yg aku jual...ye lah...jual rm50...sebulan dua lepas tu tak jalan lagi...servis la sendiri,kan aku dah bagitau sesetengah jam tu aku tak tau bila last servisnya,servis pun tak la mahal sangat

selalunya org cakap jual jam ni untung banyak...tak lah selalu mcm tu...rugi pun banyak jugak bro..ni aku nak cerita :

1. Salah satu jam omega yg aku jual rupanya ada jugak yang palsu(betul....aku tak tau pun jam tu palsu),aku suruh hantar balik jam tu kat aku,aku bagi balik duit dia dalam rm1k,jam tu aku beli dari vietnam,aku komplen kat seller tu...seller tu suruh bagi balik jam dia...malangnya jam yg aku hantar balik guna mel berdaftar tu hilang & aku tak dapat duit aku balik dari omputeh yg tinggal di vietnam tu

2.Jam Favre Leuba stok terakhir yang aku jual pun tiba2 buat hal,aku suruh pembelinya servis sendiri & claim kat aku kosnya

3. Jam Record-Longines yang lama aku pakai takde masalah,tiba ke tangan pembelinya di Jerman jam tu rosak pulak,aku juga suruh dia cuba servis & dia pun paham...lepas tu jam tu elok je lepas tu takde masalah

4. Jam Garuda yang aku jual pada Tuan Syed,markernya terjatuh...masa kat aku elok je,nasib baik Tuan Syed pandai DIY

5. Jam Ancre,yang aku dah overhaul pun bermasalah...buyernya faham & repair sendiri...rm100 dia terbang utk tukar salah satu part

6.Jam Mondaine yang dihantar ke Thailand...pecah cerminnya...dia ganti sendiri....aku dah pack bagus pun boleh pecah?tu la,aku dah kata...kalau benda nak jadi dia tak kira apa

7. Jam Crestyme,buyernya bagi balik sebab katanya tak dapat repair...dia tukar jam lain,Caravelle..sebab aku malas nak repair,aku hadiahkan pada salah seorang kawan aku yang minat jam,tengok2..dia kata dah elok,repair sikit je

& banyak lagi contoh lain...

jadi,kesimpulannya,yang penting bagi aku adalah saling memahami antara seller & buyer....seller faham sepenuhnya apa yang dia nak jual....buyer faham sepenuhnya apa yang dia akan beli...kalau ada masalah,selesaikan dengan perbincangan...ucaplah kata2 yang baik,elakkan dari prasangka...buyer rasa seller menipu...seller rasa buyer menipu...fikiran negatif macam ni memang takkan menyelesaikan masalah...

pada yang membeli jam aku tapi kemudiannya bermasalah tu,harap dapat memahamilah...mana la aku dapat pastikan semua jam yang aku jual tu akan tip top sampai bila2

masa aku tulis ni tadi,buyer tu call lagi sebab nak mintak maaf....aku pun sama gak lah...kita ni cari kawan...bukan cari musuh....kan?

- ijan -





8 comments:

  1. kesian kat hang no. takpa sabarjelah.jangan givap teruskan perjuangan pecinta jam lama.

    ReplyDelete
  2. Ijan,

    Laa... nama pun jam antik atau pun jam vintage, mestilah tak sempurna.

    Lain kali elok letak label jam dijual 'as is condition'.

    Sapa yang membeli kena faham ada sikit-sikit rosak repair sendiri, tanggunglah sendiri.

    Ini yang thrill bila beli jam vintage. Dapat yang bagus, alhamdullillah. Dapat yang sikit-sikit rosak, takde masalah, boleh dapat pengalaman repair.

    Ikut stail kami, semua jam yang dibeli, hantar servis dulu baru guna.

    Senang hati...

    ReplyDelete
  3. Salam ijan dan semua.

    Rasanya customer ini pertama kali beli jam vintage...

    Beli jam lama bukan jam baru.. Kalau tak nak rosak beli je kat boutique jam... Keluarkan wang banyak sikit tak-tak pun RM2+++ @ RM3+++

    Jam lama kita tak boleh espect 100peratus condition baik... Kalau 100 peratus baik Condition nya. Alhamdunillah....

    Semoga tabah..... Kami semua bersatu hati...

    ReplyDelete
  4. Ijan kitak sabar ajak. Macam ya! mun jual beli jam antik/vintage. Kamek rugi beribu-ribu kena tipu dari sidak dari Filipina, Italy, USA. Madah jam original, nangar gambar enjin Rolex original. Kamek terima jam palsu, nilai sik sampai RM100 mun di Petaling Street. Hantar balik kepada buyer, madah kena tahan kastam Filipina, sik mau refund bukan ckit.. RM4,500.00 Begitulah ada org yang jujur dan ada orang yang ambil kesempatan. Ini yang merosakkan 'the online transaction' menyebabkan org takut nak beli dan lebih suka bersemuka dan COD.

    ReplyDelete
  5. Aiek... ni kalau masuk court... tak pasal2 aku pun kena naik-turun kandang saksi...

    ReplyDelete
  6. Relax la ijan, gua caya lu, no prob punya..

    ReplyDelete
  7. betul..beli jam online mmg risky.
    alhamdulillah, stkt ni dpt yg tiptop.

    sbg seller yg bertanggungjawab & adil dlm bisnes, mesti nk bg customer yg tiptop.

    bro ijan, kdg2 org yg beli jam ni mesti baru2 berjinak (cm aku). xpe..dlm dunia ni mcm2 ragam ada. bro meniaga betul, insyaAllah ada lubang rezeki drp org lain pula :)

    ReplyDelete
  8. Betul bro, jual jam ni bukan untung sangat pun. Ada kalanya rugi sebab tak mahu kecewakan pembeli. Terpaksa korbankan wang, masa & tenaga untuk memuaskan hati orang. Ada gak barang jam/barang yg aku jual tak untung pun sekadar balik modal saja & ada yg memang rugi. Jual juga lah pasal nak jaga hati & memuaskan hati pembeli & juga nak tambah kawan.

    Aku jual jam bukanlah nak buat bisnes. Sekadar nak kongsi dengan kawan-kawan di luar sana yg punya minat yang sama & mungkin koleksi yang aku ada tu dicari diorang. Sekadar nak memudahkan orang, kongsi ilmu & tambah kawan. Itu saja. Untung? Hmm...Untung juga la... untung dapat kenalan baru.

    Kalau boleh sedaya upaya aku terangkan perihal jam tu mengikut pengetahuan aku yang terhad ni. Moga2 jam yg dijual tu, pembeli akan puas hati & mengetahuinya terlebih dahulu sebelum keluarkan wang beli sesuatu jam. Maklumlah, jam sekadar tengok dalam gambar je. Bukan live.

    Aku setuju, mmg ada jam yang masa ada kat kita, mmg ok. Tapi kat tangan orang, lain plak jadinya. Contohnya jam Seiko Chrono aku & Mido Commander. Kata penjual jam ok, no problem. Bila dah beli pakai, barulah tau, jam problem sebenarnya. Kena sort sendirilah jam tu. Paham2 lah, bukan jam baru. Umur pun dah berpuluh tahun. Nak condition jam baru, beli jam baru. Tak boleh aspect jam tu akan ok sampai bila2. Dah nama jam lama & mekanikal. Cukup masa kena servis. Moga2 penjual2 jam lama akan sentiasa tabah dengan dugaan. Wassalam...

    ReplyDelete