Friday, February 26, 2010

376. ORIS AUTOMATIC (SOLD)

yang ari tu manual,kali ni auto pulak...yang manual tu sebenarnya hold sampai Isnin minggu depan,ada la sorang ni nego2 & suruh hold tapi tak bagitau pun nama...aku pun tak tau sapa,dari mana...sms je...mungkin pernah beli dari aku kot...takpe,biarkan dulu...

diameter agak besar,38mm...case diperbuat daripada stainless steel & dalam keadaan baik,calar sikit2 je,biasa la tu...kalau nak yang tak calar...beli la ORIS baru di kedai jam...hehehe...

tali baru 18mm

dail asli

non-quick set date function (10 to 12 setting)

cermin baru

jam berfungsi dengan baik walaupun aku tak tau bila last jam ni diservis

ketepatan masa memuaskan setelah 480 minit jam ni diletakkan dalam watch winder(aku beli watch winder jugak ari tu,terpengaruh dengan Asmar DD...hahaha...)

kejap lagi aku nak bukak tali kulit jam ni & pasangkan dengan NATO military strap 18mm,sebab esok aku nak pakai jam ni pegi kerja

Selamat Menyambut Hari Maulidurasul...ingatlah pengorbanan & pesan2 Nabi Muhammad S.A.W. terhadap kita semua

Selawat & Salam Ke Atas Baginda...

BUYER : ANONYMOUS

No comments:

Post a Comment