Wednesday, June 9, 2010

tempat kerja aku...

aku bekerja di Loji Ammonia bertempat di ABF Sendirian Berhad (Bintulu,Sarawak)sebagai seorang juruteknik operasi...ni adalah salah satu unit dalam kawasan tempat kerja aku ... CO2 Removal unit.... atau lebih dikenali sebagai 05 unit...dalam setahun sekurang-kurangnya mesti ada dua tiga kali aku naik sampai ke puncak kedua2 vessel yang tinggi ni...tu pun kalau ada apa2 kerosakan2 yang berlaku nun jauh disana tu...yang kanan sekali tu Desorber...tugasnya membebaskan karbon dioksida supaya dapat di hantar ke CO2 compressor seterusnya ke Loji Urea...yang kiri tu Absorber,ia mengangkut bahan kimia yang penuh dengan karbon dioksida & dihantar ke Desorber untuk dibebaskan

ni tengok dari atas lah ni....nampak tak orang yang berbaju kuning bawah tu?

junior aku si Wamang...,walaupun dia jaga kawasan lain...dia aku ajak sekali naik ke atas puncak Absorber,sebab dia tak pernah naik setinggi ni...kalau ada orang tanya nanti,ada jugaklah bahan pakai dia cerita

tangki putih kat hujung kiri tu tempat simpanan air,yang kecik tu tempat simpanan Ammonia...yang macam rumah panjang kat belah kanan tu Urea Storage...kanan lagi...Loji Urea...kanan sekali adalah Cooling Tower...kat kawasan ni semua la takleh bawa handphone...tu la sebab aku kadang2 tak angkat kalau kawan2 call...handphone tinggal dalam beg je...tapi aku bukannya call back pun selalunya...hehe...aku sms atau emel je kalau ianya missed call dari sesiapa yang tanya/beli jam

dari sini nampak sayup2 Pelabuhan Bintulu

kalau gayat,tak boleh naik vessel ni...susah pulak orang nak rescue nanti...ada sorang geng dulu,dah naik setengah jalan,baru gayatnya datang...panggil kita orang lagi nak tolong dia buat kerja sebab dia dah ketakutan atas tu...last2,kita orang pulak yang rescue dia...

ni sorang lagi,Din...dia yang nak naik sebenarnya sebab nak ambik gambar kerosakan yang berlaku pada bahagian paling atas vessel ni..dia takleh naik sorang...mesti escort dengan juruteknik yang menjaganya,aku lah...

tu makmal kita orang

kalau dah sampai atas sekali ni,mesti nak lepak2 dulu walaupun kerja dah selesai...kalau dah ada kamera sekali,apalagi...ambik gambar le...bukan senang nak bergambar dalam loji kimia...mesti ada sorang Penguji Gas Bertauliah...aku jugak le...hehehe...kena test dulu keadaan/kualiti udara,baru boleh ambik gambar...

10 comments:

  1. Tabikk lah bro, bukangnya calang orang boley dok tempat tinggi cam tu..aku panjat pokok kelapa pun tak lepas.Pernah sekali aku meeting di sebuah hotel area KL dok bilik level 32..sampai sudah aku tak pi jenguk kat tingkap tu..huhuu, gayat bro !!

    ReplyDelete
  2. Menarik keje ko. Skrg baru boleh aku bayangkan camno masa kita 'bermain' SMS dulu. Wakakaka... macam bercinta lak

    ReplyDelete
  3. lagipun aku kja syif,12 jam sehari,4 hari kerja & 4 hari off...kalau aku balik kerja malam,siang memang aku letak hp ke silent mode je la,kalau tak camna aku nak tido...lepas bangun tido memang banyak la sms nak kena reply...ada gak sms yang bunyinya mcm marah2 je sebab aku tak reply & tak angkat pun hp...hahaha...

    ReplyDelete
  4. hebat2! kerja yg memerlukan keberanian & kepandaian. bukan calang2 org leh buat kerja ni nih..
    agak2 jam aper yg paling sesuai di pakai utk org yg adventurous mcm ko ni.? hehehe

    ReplyDelete
  5. kalau loji sihat walafiat aku pakai omega seamaster diver @ casio g-shock mudman,tak banyak kerja melibatkan keperluan pantauan masa...

    kalau bz sikit dengan kerja2 maintenance di sesuatu unit aku pakai seiko monster diver sebab banyak guna bezelnya untuk kira masa...lagipun bezel seiko orange monster lebih senang pusing banding dengan omega seamaster...

    kalau busy betul,terutama melibatkan start up & shut down equipment pelbagai kawasan & unit,perlu pulak pantauan masa yang banyak untuk kerja2 penyediaan bahan2 kimia,seiko chronograph adalah pilihan yang tepat...gabungan kiraan masa menggunakan bezel & fungsi chronograph benar membantu serta memudahkan kerja...dapat monitor 3 proses yang dijalankan dengan serentak...

    ReplyDelete
  6. Pergh! Power tu bro... Pasti ada jam khas megikut kerja. Pilihan bijak! Hehe...

    Lepas orang baca ni, takda lagi la kot orang nak marah2 lagi SMS tak berbalas... hehehe... Aku lak buat keje kena buka jam. Nak elakkan cross infection.... agaknya kena cari jam yg pakai kat lengan la kot. Kuikuikui...

    ReplyDelete
  7. Aku kena buat inovasi untuk itu... ekeke...

    ReplyDelete
  8. 10/10! itu markah yg aku bagi utk pilihan jam yg tepat!. full marks! ko mmg bijak buat pilihan jam utk kondisi yg berbeza. tepat. bijak2..

    ReplyDelete
  9. haha...ada markah gak...ni lagi bonus...kalau pi kursus...barulah aku pakai jam Levrette/Juvenia/Rotary...

    ReplyDelete