Friday, March 6, 2009

*** boleh nego?

boleh nego lagi ke?selalu org tanya kat aku masa aku jual di mudah.my dulu....padahal aku dah tulis dkt item description tu harga boleh dirunding/nego lagi....jam ni running dia ok ke?iyee...ok...walaupun aku dah tulis secara ringkas jugak siap dgn perbandingan masa dgn jam yg lebih tepat...macamana dgn saiz jam ni?besar ke?sedangkan aku dah ambik gambar jam tu bersebelahan dgn duit 50 sen utk memudahkan bakal pembeli utk mengagak berapa besar diameter jam tu....original ke jam ni?ni automatik ke?ni manual ke?berapa saiz talinya?crown ori tak?

ish....aku tak pasti apa sebabnya...mungkin dia org baca tajuk,terus call tanya...atau tengok gambar je,tak baca description...terus sms..jgn la mcm tu geng..kena baca betul2 dulu,mana2 info yg takde aku tulis tu barulah boleh tanya...walaupun mcm2 ragam/soalan,sbg seorg penjual...aku mesti la jwb baik2 jugak...takkan nak jwb..."AKU DAH TULIS SEMUA TU,KAU TAK PANDAI BACA KE?" atau "KAU TAK TAU DUIT 50 SEN BESAR MANA KE?"...lingkup la aku nanti...

& ada yg lebih ganas,"aku tak percaya sangat dgn deal melalui email ni....aku nak jmpa kau direct,cakap kat aku kat mana kita boleh jumpa..."geleng kepala aku.... dia tak baca ke lokasi item tu di Sarawak...sedangkan dia dok KL....nak jumpa macamana tu?

jadi,kena baca betul2 dulu ye kawan2.....walaupun tak pernah aku tulis pd setiap description...sempena hari Jumaat yg mulia ini,aku nak istiharkan semua item aku di blog ni boleh di runding/nego lagi..selagi aku rasa harga yg ditawarkan berpatutan,aku terima...kalau harga buat aku tak balik modal atau untung seciput je...mintak maaf aku tak dapat let go le...

No comments:

Post a Comment