" Jiwa Blues...Semangat Rock & Roll " Ramli Sarip...1 Okt 2011/Stadium Merdeka,K.L.
...kami (aku,Tuan Saiful serta isteri sampai di Stadium Merdeka KL kira2 pukul 5 petang,ketika itu Konsert MOM (Monsters of Metal) masih berlangsung di mana ia bermula sejak pukul 3 petang lagi....kami pula sibuk di luar stadium membeli pelbagai baju & cenderahati...nak masuk stadium pun dah rasa terlambat pulak...semasa kami kat luar,bergema lagu Mata Sepet dari kumpulan Sofea/SYJ...aku ingat aku masih darjah 4 sewaktu Sofea/SYJ tengah top...muzik rock ketika itu bukan saja diminati oleh orang dewasa,malah budak2 sekolah rendah yang belum bersunat lagi...
antara lain yang menjayakan konsert di sebelah petang ini selain Sofea/SYJ ialah Sil-Khannaz,Braindead,Humiliation,Nuclear Strikes & Al-Farabi Band
mat rock (Haidan Omar) yang berbaju putih ni aku kenal dalam page Konsert 2 Raksasa (Sweet Charity & Blues Gang) di Facebook,seorang eksekutif di sebuah syarikat yang berkaitan dengan event & motorsport...kat stadium la kami berjumpa...
bagi aku,baju di atas ni yang terbaik...direkabentuk & dibuat sendiri oleh anak tempatan,buat kat rumah je dengan peralatan milik persendirian...nanti aku cerita detail sikit tentang mereka yang dikenali sebagai Reign In Black ni di artikel yang berlainan
mula2 masuk stadium ingatkan mat rock atas kerusi roda ni memang semangat nak tengok konsert sampai aku pun mintak kebenaran nak ambik gambar dengannya,kagum la katakan...
dia tanya la aku dengan suara yang besar,"apahal sampai kau nak ambik gambar dengan aku ni?"
aku jawab,"ye la...kalau dah sampai berkerusi roda pun dapat sampai kat stadium,semangat rock gila la ni,mesti la nak ambik gambar"
dia kata pulak..."aku terpaksa datang laaaa...aku wartawan...."
hahaha....
tak jadi aku kagum...
dia tanya la aku dengan suara yang besar,"apahal sampai kau nak ambik gambar dengan aku ni?"
aku jawab,"ye la...kalau dah sampai berkerusi roda pun dapat sampai kat stadium,semangat rock gila la ni,mesti la nak ambik gambar"
dia kata pulak..."aku terpaksa datang laaaa...aku wartawan...."
hahaha....
tak jadi aku kagum...
27 tahun lepas,dengar cerita...pada Konsert Raksasa (Sweet Charity + Blues Gang) yang pertama,stadium ni penuh dengan umat manusia sehingga tiket sold out...mana2 yang tak dapat tiket,mereka panjat je pagar stadium untuk masuk...janji dapat tengok Sweet Charity + Blues Gang
tapi Konsert Raksasa edisi 2011 ni aku tengok setengah stadium pun tak penuh...mulanya rasa tak best gak...ye la,kalau penuh barulah semangat...kalau nyanyi sama2 satu stadium bunyinya gah wooo...meremang bulu roma...aku dah bayangkan ramai manusia dah ada dalam stadium & aku dengan susah payah berenang di lautan manusia itu untuk sampai ke depan stage...tapi,tengok la gambar di atas...dah pukul 8.30mlm masih banyak ruang kosong di padang & tempat duduk stadium...
aku cari2 juga band2 otai rock yang lain...mana tau di celah2 orang ramai tu ada Din Search ke,Joe Wings ke,Man Kidal ke....tapi Rosyam Nor je yang aku jumpa...hehehe....
tapi tak kisah,orang semakin memenuhi ruang stadium & yang penting,aku mesti berada dalam 5-10 kaki dari pentas...barulah best sikit melalak & nyanyi sama2
aku tak begitu mengikuti perkembangan Blues Gang...jadi aku tak dapat nak buat review untuk band ni...yang pasti,permainan mereka cukup mantap & bertenaga...antara yang aku minat tentang kumpulan ni adalah Julian Mokhtar yang merupakan antara gitaris terhebat di Malaysia
Sweet Charity(SC)...huh...yang ditunggu2 dah tiba
intro yang begitu syahdu & menusuk jiwa,petikan gitar Rosli Mohalim yang begitu 'clean' & mempunyai sound yang tersendiri...mulanya aku tak pasti lagu apakah yang dipilih sebagai lagu pembukaan untuk SC,selalunya lagu Hilang Gelap Terbitlah Terang dijadikan lagu pembuka kata...
tapi lama kelamaan,irama gitar tadi membawa ke permainan gitar solo lagu Sejuta Wajah...& itulah lagu pertama yang mereka bawa
intro yang begitu syahdu & menusuk jiwa,petikan gitar Rosli Mohalim yang begitu 'clean' & mempunyai sound yang tersendiri...mulanya aku tak pasti lagu apakah yang dipilih sebagai lagu pembukaan untuk SC,selalunya lagu Hilang Gelap Terbitlah Terang dijadikan lagu pembuka kata...
tapi lama kelamaan,irama gitar tadi membawa ke permainan gitar solo lagu Sejuta Wajah...& itulah lagu pertama yang mereka bawa
Ramli Sarip...tenang je...sayang betul Konsert Raksasa 27 tahun lepas tu takde rakaman video...teringin aku nak tengok...
SC membawa dalam 20 lagu pada malam itu...semuanya full version...tiada medley....tiada rehat,terus menerus dari satu lagu ke satu lagu...dari lagu2 jiwa,Datang & Pergi sehinggalah lagu2 berat seperti Penunggu dibawa dengan penuh 'feel' oleh setiap anggota...
antara yang aku ingat,mereka membawa lagu Sejuta Wajah/Kawan Ketawa Kawan Menangis/Tahun 2000/Hanya Rock & Roll/Ribut/Datang & Pergi/Dunia Perlumbaan/Raja Kumbang/Musibah/Batu/Berita Gempa/Penunggu/Bagaikan Bermimpi/Terharu/Jangan Tunggu Lama2 + Jangan Tak Jadi/Zakiah/Hilang Gelap Terbitlah Terang/Kamelia/Teratai/Berjalan Malam
Tuan Syed menjiwai lagu Teratai...ingatkan selepas lagu Kamelia konsert dah habis dah...hahaha...
lagu terakhir adalah Berjalan Malam...
"Jalan Malam Gelap
Bulan Telahpun Menghilang
Jangan Jalan Raba Raba
Nanti Masuk Longkang "
tak lama lagi ada la keluar dvd konsert ni...yeah...best best best !!!
lagu terakhir adalah Berjalan Malam...
"Jalan Malam Gelap
Bulan Telahpun Menghilang
Jangan Jalan Raba Raba
Nanti Masuk Longkang "
tak lama lagi ada la keluar dvd konsert ni...yeah...best best best !!!
Salam..Nice blog bro..l ll stick around...
ReplyDeleteslm perkenalan bro !
ReplyDelete