Wednesday, October 26, 2011

Jalan2 jumpa kawan2 / Day-4 : Part 1 (3 Oktober 2011/Isnin)


hari ni takde nak terkejar2 masa...keretapi ke Ipoh pukul 11 baru berangkat dari KL...pukul 5.30 pagi aku dah bangun dah...dalam pukul 6.15 pagi aku turun dari hotel menuju ke sebelah lorong yang berdekatan dengan Petaling Street...mengikut pesan Tuan Saiful semalam,kat situ akan ada orang berjual beli barang2 2nd hand/baru & entah apa2 lagi...kalau nasib baik,dapat benda bagus yang tak terfikir pun kita akan dapat....tapi tak lamalah...dari pukul 6 ke pukul 10 pagi mcm tu...

tak banyak barang baik aku dapat,hanya beberapa pasang tali jam kulit baru pelbagai saiz yang kualitinya agak baik dengan harga rm2 sepasang,beli banyak2 dapat harga kurang lagi...murah le tu...kalau kat kedai jam boleh jual dalam rm15 ke rm30 sepasang

KTM Berhad

aku tak pernah naik keretapi,tu yang teringin sangat nak naik...

ada sejam lagi nak bergerak...jalan2 dulu tengok Muzium KTM...

mesin pencetak tiket yang pernah digunakan dari tahun 1940 hingga ke akhir tahun 90an

spesimen tulang gajah yang mati kerana membalas dendam akibat kematian anaknya yang dilanggar keretapi yang berlaku pada tahun 1894,klik di sini untuk maklumat lanjut

mesin pengira tiket yang digunakan dari tahun 1920 hingga ke tahun 2006...86 tahun punya khidmat bakti...fuh...

ni dia,jek tayar keretapi...

aku cau dulu...

ingatkan dalam kapal terbang je ada pramugari...

2 jam tak terasa sebab online je dalam koc...mengurus order/chatting dengan kawan2/customer/tranfer fund/fb...Zul Sikulipat la meracun aku guna Blackberry ni...memang best...tq Zul...

1.15pm,sampai dah di Ipoh

mana Muzill ni ?

bersambung...

2 comments: