Showing posts with label ** ALKISAH. Show all posts
Showing posts with label ** ALKISAH. Show all posts

Sunday, October 6, 2013

Kursus di Instep,Batu Rakit,Trengganu 7-10 Okt 2013


esok aku ke Trengganu,ada kursus 4 hari bermula dari 7-8 Oktober 2013
di Instep,Batu Rakit

diam nanti di Hotel Grand Continental,Kuala Trengganu

kalau ada geng2 jam area berdekatan,
konteklah aku 0198657574,kita lepak2
minum kopi...

:)



Thursday, September 26, 2013

ORDER ITEM # 134 : 1970's SEIKO TURTLE 6309-7040


jam ni aku tolong dapatkan di Ebay untuk seorang customer
yang dah kenal lama...tanpa deposit...macam si Zulfairuz jugak...
tapi dia suruh aku simpan dulu...sebab ada satu lagi jam
dia belum sampai (Turtle 6105,juga tanpa deposit)...
sampai nanti boleh pos sekali katanya...


sementara tunggu 6105 dia sampai,aku pinjam la jam ni
kejap...aku pasangkan tali aku sendiri untuk keserasian


3 hari dah aku pakai jam ni,jalan elok

 
semua bahagiannya masih asli,membuatkan harganya melonjak naik
sikit dari model yang sama tetapi telah ditukar dail,set jarum & bezelnya
ke aftermarket part

 

kesan calar yang sedikit je pada cermin,bahagian pada pukul
4 tu pecah sikit pada bahagian luar,tapi cermin masih lagi
dapat melindungi bahagian dalam dial kerana pecahnya tak sampai ke dalam


ramai lagi yang nak jam sebegini,takde masalah untuk aku dapatkan
samaada yang masih asli atau yang direfurbish,tapi bila
 aku kata perlu deposit...terus takde reply lagi


berminggu2 lepas tu akan datang lagi sms dari orang yang sama
bertanyakan jam yang sama...


dan jawapan aku pun sama gak...bla..bla...bla...


hahaha...betul bro/tuan2...kalau aku tak kenal,susah aku nak uruskan
kalau takde deposit...kalau dah kenal & berurusan berpuluh2 kali
takpe...tu pun masih kena jugak macam kes
si Zulfairuz tempohari....ni kan lagi yang tak kenal & tak pernah berurusan


:)




Tuesday, September 24, 2013

nak cerita2 sikit...


Assalamualaikum kawan2 semua,diharap sesiapa yang mengenali seorang
 peminat jam yang bernama,

Mohd. Zulfairuz B. Mohd Zin,yang beralamat di :

GiatMara Padang Rengas,
No.47,Jln Perindustrian Miel,
Kawasan Perindustrian Miel,
33010,Kuala Kangsar,
Perak.
0194006736

supaya dapat menghubungi aku...saja nak tau mana dah dia ni....call tak angkat,email takde reply,sms tak jawab....rasanya aku dah kenal dengan Zul ni hampir 2 tahun...boleh dikatakan selalu dia order jam2 & aksesori2 jam melalui aku...disebabkan selalu sangat order,kadang2 aku order je tanpa minta deposit
& hantar terus kat dia walaupun dia belum bayar lagi sepenuhnya...

kali terakhir dia order barang dari aku adalah sebelum Hari Raya Puasa yang lepas,& barangnya pun dah aku hantar,juga sebelum Hari Raya....& bayaran aku tak minta sebab aku tau ayah dia sakit masa tu & aku taklah urgent sangat nakkan bayaran....

selepas Hari Raya baru aku cuba untuk hubunginya bertanyakan tentang bayaran yang belum
diselesaikan...ye la...kot2 dia lupa ke...ayah dia dah meninggal ke,dia nak guna duit...boleh la aku tangguhkan lagi
nak claim aku punya duit...

call tak angkat,email takde reply,sms tak jawab....

bermula dari hari tu la aku takde dengar berita darinya lagi...jadi aku buat anggapan baik je,
mungkin dia dah meninggal ke....ye la,kan musim perayaan banyak kemalangan,jadi
tu je yang dapat aku fikirkan,mungkin on the way nak bayar,dia eksiden,terus mati on the spot...mana la sempat nak bagitau aku kan...

nak kata dia tipu aku...tak pernah pun
dia tipu sepanjang hampir 2 tahun berurusan...

sampailah tadi,seorang blogger menceritakan pengalaman yang hampir sama
pada aku..bahkan dia cerita ada 2-3 orang blogger pun kena jugak...
ambik barang tapi tak bayar...

mmmm....masih hidup rupanya....

takpelah,aku tak nak fikir serius sangat tentang tu,aku tau manusia boleh
berubah sekelip mata...aku tak tau apa masalah dia..sebab dia takde cerita
apa2 kat aku...

ingatkan aku sorang kena...kalau aku sorang kena,aku diam je...malas nak fikir banyak..lagipun bukan selalu kita ni untung.....tapi kalau dah 4 orang
blogger kena,aku kena bagitau gak dengan kawan2 yang lain agar berhati2 kalau berurusan
dengan si Zul ni...

buat Zul,kalau kau baca ni...berhentilah buat keje macam tu...tak baik...sebab banyak masalah yang lain akan timbul nanti..
takde orang suka kena tipu...
orang yang selalu tipu orang pun marah kalau dia kena tipu...

aku marah sikit je,tu pun kejap....tak sampai 3 minit...tak tau la 4 org blogger yang lain tu

sori la Zul,aku terpaksa tulis kat sini,tadi aku call takde respon,sms takde respon...

ni je la caranya,aku cuma tak mau kawan2 aku yang lain kena macam apa yang aku kena ni

aku maafkan kau,sebenarnya malas betul aku nak fikir pasal ko ni....
banyak lagi benda lain yang aku boleh buat...

:)


Saturday, September 14, 2013

BINTULU BIKE WEEK 2013


ingat tadi nak ke pos ofis tapi tutup pulak,
jalan2 lah cuci2 mata

 


 




 




 





   
hah...ni aku punya superbike...

:)


Saturday, May 18, 2013

19/5/13 : Bintulu - KL - P.Pinang - Kedah


assalamualaikum,esok nak pi  Sg Petani,Kedah,ada kursus 
di PFK (Petronas Fertilizer Kedah) selama 3 hari (20-22 Mei 2013)

PFK ni boleh la dianggap adik kepada ABF (Asean Bintulu Fertilizer) sebab kebanyakan
senior staff teknikal yang kerja kat situ sekarang,dulunya menerima latihan praktikal di
ABF...& ketika PFK mula2 beroperasi,ramai juga geng2 Sarawak yang
kerja kat situ selama 2-3 tahun sebelum kembali ke negeri asal...

...& akupun tak pernah ke sana...first time la ni...

kalau ada geng2 jam kat situ nanti,boleh la try kontek 
aku di 0198657574,boleh lepak sama2...hehe...

aku check in di Park Avenue Hotel nanti di Sg Petani,
22/5/13 akan berada di Pulau Pinang & check in di Traders Hotel

23/5 terbang balik ke Sarawak..

kejap je...



Thursday, April 11, 2013

ZODIAC ZMX SERIES CHRONOGRAPH QUARTZ

ya..aku terjebak lagi untuk membeli jam untuk diri
sendiri....dan kali ni nak case segiempat dan yang
lebih besar lagi dari Seiko Tuna tahun lepas...
semuanya bermula apabila PM mengumumkan 'BR1M'
khas untuk pekerja Petronas awal bulan April ni dulu..
baik beli jam,ada juga benda nak dikenang2 nanti...
( ..dan kita sebagai peminat jam ni memang
akan sentiasa cari alasan nak beli jam...haha...)
disertakan dengan kotak yang ringkas
dan menarik
memperkenalkan jam jenama Zodiac dilengkapi fungsi chronograph dengan
lebar case 46mm,dibuat dari Stainless Steel Black Ion Plated...tak pasti
pulak tahap ketahanan sadurannya macamana...& aku tak bercadang nak
gunakan jam ni untuk kerja2 lasak...lagipun bezelnya diperbuat dari
Titanium...& seperti yang diketahui,Titanium kalau calar...memang tak cantik...
tak seperti seni calar yang berlaku pada Stainless Steel...
cermin Sapphire...elok sangat la tu...bezelnya boleh putar,tapi tak digalakkan
untuk diputar...sebabnya?nanti aku cerita...
kalau beli jam yang banyak guna skru luaran macam ni,
sebelum pakai,baik ambik pemutar skru & ketatkan lagi mana2 skru yang ada,
mana tau ada yang longgar...atas,bawah,tepi...semua ada skru...
nanti hilang satu,payah nak cari ganti
buatannya sungguh kemas...jarum2,tulisan pada dial,tingkap haribulan,
tanda2 dan perwarnaan pada bezel...diri sendiri boleh terpukau
kalau terlalu lama belek2 sana sini....bini tengah cakap
pun buat2 tak dengar je...
aaa....ni namanya syok sendiri....orang lain tengok takde apa pun yang menarik
bagi diaorang...biasa je...
ni kalau dah calar nanti...kuranglah serinya...
crown berskru...besar & senang dipusing...
butang yang satu ni agak menonjol ketrampilannya...nampak garang...
tali getah yang lembut dan selesa dipakai
nampak tak tanda segitiga kecik tu?
apabila bezel diputar dan tanda segitiga pada bezel & segitiga
pada bahagian dalam tu berada pada kedudukan sekata...bezel
akan dapat dikeluarkan dengan mudah
sebab tulah tadi tak digalakkan untuk putarkan bezel ni tadi,
nanti tercabut & jatuh pulak 
 ada dua lagi bezel disertakan dengan pembelian jam ni tadi,
dilengkapi dengan kompas dan jam 'mini'

 
tapi aku rasanya lebih selesa guna bezel yang biasa je



aku harap jam ni nanti akan tahan lama....

dan serasi bersama....

:)