Showing posts with label ROTARY sold. Show all posts
Showing posts with label ROTARY sold. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

823. ROTARY (SOLD)


28.5mm x 28.5mm
lug to lug 39mm
16mm fixed lug

cermin kekuningan,perlu ditukar

BUYER : TUAN SAIFUL , KL

Friday, February 19, 2010

367. ROTARY COMMODORE AUTOMATIC (SOLD)

stainless steel case 36mm x 34mm


tali stainless steel asli


crown baru tapi tak ori


hari non-quick set / tarikh jammed,perlu repair


cermin akrilik/plastik dengan kesan calar

belum diservis / telah diuji selama lebih 12 jam dan menepati masa

BUYER : NAZERI ABU BAKAR ,KEMAMAN.


Sunday, May 3, 2009

128. ROTARY 21 JEWELS AUTOMATIC (SOLD)

33mm stainless steel casing diameter,sekali pandang mcm rekabentuk omega je

dailnya sebenarnya adalah bersih,yg berbintik hitam antara pukul 1-2 tu hanyalah kotoran yg melekat di cermin,kena ganti cermin yg baru la,baru cun

tulisan ROTARY + logo & 21 Jewels Automatic pada dail juga sebenarnya begitu jelas
(cermin menyampuk, " Nak ngata aku lagi la tu !! " )

fungsi hari & bulan tersekat2,perlu repair...atau biarkan saja utk jenis org yg tak kisah sangat

jam berfungsi dgn baik,telah diuji selama 12 jam & menepati masa

saiz tali 18mm

movement yg bersih

BUYER : LOW,KUALA LUMPUR.

Wednesday, February 25, 2009

57.ROTARY / BOY SIZE (SOLD)

ni la dia kawan baik kepada ROTARY men size tu tadi...casing berdiameter 29mm je,original dail tapi takde jenama ditulis disitu...kpd yg mahir melukis benda yg kecik2,boleh la lukis bunga tudor betul2 kat bawah nombor 12 tu...


belakang casing licin je...macam tudor..(tudor lagi...)


crown pun tak bertanda


gambar enjin dia takleh ambik...aku takde tool utk bukak casing jenis ni,satu2 gambar yg aku ada hanyalah dari pemiliknya yang asal...tu pun kecik je...enjin yg cantik spt longines...kat gear dia tu ada gambar 'roda bersayap'

jam berfungsi dgn baik & boleh diharap...dlm masa 24 jam masih keep time dgn cemerlang

BUYER : M.HILMI ALIAS,ALOR STAR.

Tuesday, February 24, 2009

56. ROTARY / MEN SIZE (SOLD)

ni lah kali pertama aku dapat jamlama ROTARY buatan swiss setelah mencarinya sekian lama...dua bijik lagi tu...salah satu yang aku nak list dulu dalam blog ni adalah yang berdiameter 35mm ni...simple je designnya....dail begitu bersih...dgn logo trademarknya 'roda bersayap' yg begitu jelas

jam ni sampai dua hari lepas...gembira sungguh rasa di hati...hampir sebulan menunggunya(biasanya 2 minggu je kalau takde masalah spt ditahan oleh pihak kastam untuk diperiksa,ketiadaan org yang berkelayakan utk mengesahkan kandungan brg kiriman dan sebagainya) terbang dari UK,sampai aku terpaksa kontek sellernya di sana kerana takut jam ni dah hilang entah ke mana...dah la aku mintak kirim pakai pos biasa je,mana ada insuran....kononnya nak jimat kos...tapi aku yakin dgn royal mail dari UK....walaupun pernah hilang dua kali...tapi,di lain hari kena fikir 2 kali lah nak guna pos biasa ni lagi,buat saspen je


ok lah,movement menggunakan 21 jewels,manual...cermin dalam keadaan baik,crown original tak bertanda


rekabentuk penutup casing yg menarik,nampak seperti sudah dipolish untuk mengurangkan kesan calar,aku nak bukak penutup ni tadi nak ambik gambar movement...tapi takut pulak calar sana sini...tak payah la....biar jadi misteri...

satu lagi yg menarik ialah tali 'bead of rice'nya yang boleh dilaras mengikut saiz semasa jam ni berada di pergelangan tangan,1st timelah aku tengok tali 'berteknologi' macam ni...jakun jugak aku rupanya...



jam beroperasi dengan baik & memuaskan,cuma cepat seminit dalam masa 24 jam....


utk jam2 ROTARY yg moden,boleh la klik link di bawah utk cuci mata :

http://www.rotarywatches.com/uk/index.aspx


BUYER : MOHD KHAIRI AHMAD,CHEMOR.