Showing posts with label ** JAM ROSAK / utk direpair. Show all posts
Showing posts with label ** JAM ROSAK / utk direpair. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

783. WALTHAM AUTOMATIC + MILOS + BELFORTE (SOLD)



WALTHAM /AVAILABLE
34mm diameter stainless steel case
crown original bertanda 'W'
jam tak jalan
perlu servis/repair
saiz lug 17.5mm


MILOS / SOLD
32mm diameter chrome case
jam jalan sekejap2
cermin merekah antara pukul 9 & 12
perlu servis/repair
saiz lug 17mm


BELFORTE / SOLD
33.5mm diameter chrome case
jam tak jalan & tak dapat dikunci,hanya
jarum jam & minit yang bergerak apabila crown dipusing
perlu servis/repair
saiz lug 18mm

Wednesday, March 30, 2011

590. MONARCH DE LUXE (SOLD)


jam rosak jugak ni,tak jalan

26mm x 28mm case

saiz lug 16mm

kemungkinan gold plated...kalau aku tak nampak tanda2/simbol2 tentang maklumat kandungan emas pada mana2 bahagian jam...aku tak berani kata goldplated/goldfilled/rolled gold tu semua

mana la tau benda lain yang orang taruh sana

nanti buyer hantar jam ni untuk ujikaji kandungan logam pulak & marah kat aku kalau dia dapat tau takde sedebu emas pun pada jam ni

cermin retak sikit di bahagian tengah tapi tak serius...keseluruhan cermin masih boleh diharap untuk melindungi bahagian dalam dail

nampak gemuk pula dia,crown ori tak bertanda

ada harapan untuk hidup balik jam ni...cubalah hantar repair/servis

standby je bajet untuk tu...

klik di sini untuk jam2 yang lain


Saturday, March 26, 2011

587. INGERSOLL TRIUMPH (SOLD)

jam rosak,aku rasa susah nak repair ...kalau kat sini lah,kalau kat tempat lain mungkin jam ni boleh hidup balik

casing krom 29mm x 29mm

fixed lugs

jam ni termasuk dalam jam2 yang akan aku framekan untuk hiasan rumah...aku rasa dah lebih setahun dah terbengkalai projek nak frame jam2 yang aku rasa malas nak hantar repair tu

ada peminat jam yang suka kumpul jam2 rosak oi...jangan ingat orang kumpul jam2 vintage yang tip top je...kolektor jenis ni suka simpan & belek2 je,suka tengok jarum...dail...crown...macam aku lah salah seorangnya

tapi kalau jam ni takde orang meminang & aku pula tiba2 rajin buat frame serta tiba2 juga frame tu dah siap...aku dah tak jadi jual lagi dah...

kalau dah jadi frame,baru aku rasa sayang nak let go...cantik oi...

tengoklah mukanya yang masih mampu memikat

aku bagi tali nylon 16mm free je kat sapa2 yang berminat untuk memilikinya

macam ni lah rupa jam yang lengkap bertali

ni dia frame2 jam yang pernah aku buat dulu :


klik di sini untuk jam2 lain

BUYER : CHAU CHU LIONG,LAHAD DATU.


Sunday, April 11, 2010

420. BUREN (SOLD)

jam perlu servis / tak jalan langsung

chrome case dalam keadaan yang sangat baik berdiameter 34mm

kunci / manual


non-quick set date function (8 to 12)


saiz lug 18mm



Saturday, February 6, 2010

cuti & repair jam....

minggu depan aku cuti sempena Tahun Baru Cina...sebelum tu,5 bijik jam ni aku cadang nak mintak tolong tukang jam kawan aku di semenanjung untuk direpair,itu pun kalau dia tak sibuk

Elgin automatic,pernah dihantar berubat di Sabah...tapi takde spare...

Avia pun pernah dihantar ke tukang jam aku di sini,sama gak kesnya...takde spare

Oris, jam baru dapat semalam,ingat nak simpan utk koleksi sendiri

Roc

Oris datepointer,back cover pulak hilang,sementara tu tutup pakai cermin plastik je...

harap2 la semua ni hidup semula nanti