Showing posts with label PASKAR. Show all posts
Showing posts with label PASKAR. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

654. PASKAR / Part 3 (SOLD)

siap servis dalam 4-5 hari lepas...terima kasih kepada tukang jam bro Chau Chu Liong dari Lahad Datu,Sabah...kos servis cuma rm35...rasanya sehari je siap...kalau tukang jam aku yang buat....rasanya seminggu dua baru siap...kadang2 melarat sampai sebulan...tu yang aku malas nak hantar kat tukang jam aku kat sini...

berpusing ligat

pagi tadi sampai pula talinya yang aku beli dari US

nilah contoh cara pembungkusan yang kemas & baik,pembeli rasa dihargai & selalunya nak beli lagi lain kali

pasang terus...jangan tunggu lama2...

cerminnya aku tak tukar,biar je yang asal...terpulanglah pada pemilik barunya nanti nak tukar baru ke tak...

keras tali ni...ala...barang baruuu...lama2 nanti pandai la dia lembut hati...

baru la nampak padan...

tali ni buatan Hong Kong

kalau dibuka cermin,macam nilah rupa jam...bolehlah bayangkan macamana rupanya kalau dipasang dengan cermin baru

mmmmm....puas hati aku...hahaha...

BUYER : SAIFUL RAIS B. SHAIKS SALIM,PETALING JAYA.

klik di sini untuk jam2 yang lain

Sunday, May 1, 2011

PASKAR / Part 2

masa menemani anak aku yang kena tahan di wad sebab cirit birit dua hari lepas,aku bawa jam ni (& jam2 lain yang belum dibersihkan) sekali untuk aku polish...kalau kena tido kat hospital ni,mesti ada benda nak dibuat untuk mengisi masa...baca buku ke,bawa radio kecik ke,apa2 lah...ada aku tengok sorang mamat tu bekal peralatan untuk membuat jala lagi...rilek je dia menganyam jala sebelah katil tempat ahli keluarganya yang sakit tu...kalau takde benda2 ni,kita akan rasa masa akan jadi semakin lambat berjalan...kita je rasa,tapi sebenarnya masa maintain je jalannya

yang hitam2 tu adalah karat2 silver...biasanya kita tengok hijau je...tapi kalau dah terlalu lama,ia akan bertukar menjadi hitam...tebal pulak tu...taklah susah sangat nak menghilangkannya,yang susahnya adalah karat2 yang terdapat pada sudut2 sukar jam seperti di celah2 lug dan di antara casing & cermin...

oklah ni,ada masa nanti polish lah lagi

silver wooo...silap2 tak jadi aku jual nanti...hahaha...

lug sebelah atas ok,masih rata

lug sebelah bawah bengkok sikit...tapi takpe,biar je...

aku cuba padankan dengan tali Nato G10 18mm,tapi tak cun...

tak cun...tak cun...kena cari tali lain ni...kulit lagi bagus...

yang macam ni ok rasanya...tapi mahal,rm130 termasuk pos dari US

Nato G10 Leather macam ok je...macam tak ok pun ada jugak

aaa...yang ni ok,rm80 termasuk pos dari US...mungkin aku ambik yang ini

tapi takpe,hantar servis/repair dulu jam ni...aku nak hantar ke tukang jam kawan aku di Lahad Datu,Sabah hari Isnin nanti

confirm jalan elok nanti,baru beli tali...

satu lagi,cermin dia nak tukar ke tak...nak tukar ke tak...nak tukar ke tak...nak tukar ke tak...

aaaa.....

tido la dulu...pagi nanti sambung fikir balik

Thursday, April 28, 2011

PASKAR / Part 1

salah satu jam untuk projek baik pulih untuk kepuasan nafsu diri sendiri...32.5mm x 32.5mm silver case...cermin pun dah kuning...jam jalan kejap2...ada la nyawa sikit

bukak cermin tengok...

cantik dailnya...nombor2 macam nilah aku suka tengok...jarum jam & minit pun cun...jarum saat sedikit bengkok...casing kehitaman,ada masa nanti aku nak cuba polish dengan autosol

crown cantik berlogokan bulan + bintang,bestnye...

pada belakang casing telah diukir dengan huruf WNRJR oleh pemilik asal...singkatan untuk nama mungkin...JR yang terakhir tu Junior kot...

fixed lug bersaiz 18mm

kotornyaaa....

harap hidup baliklah jam ni nanti