Tuesday, February 24, 2009

56. ROTARY / MEN SIZE (SOLD)

ni lah kali pertama aku dapat jamlama ROTARY buatan swiss setelah mencarinya sekian lama...dua bijik lagi tu...salah satu yang aku nak list dulu dalam blog ni adalah yang berdiameter 35mm ni...simple je designnya....dail begitu bersih...dgn logo trademarknya 'roda bersayap' yg begitu jelas

jam ni sampai dua hari lepas...gembira sungguh rasa di hati...hampir sebulan menunggunya(biasanya 2 minggu je kalau takde masalah spt ditahan oleh pihak kastam untuk diperiksa,ketiadaan org yang berkelayakan utk mengesahkan kandungan brg kiriman dan sebagainya) terbang dari UK,sampai aku terpaksa kontek sellernya di sana kerana takut jam ni dah hilang entah ke mana...dah la aku mintak kirim pakai pos biasa je,mana ada insuran....kononnya nak jimat kos...tapi aku yakin dgn royal mail dari UK....walaupun pernah hilang dua kali...tapi,di lain hari kena fikir 2 kali lah nak guna pos biasa ni lagi,buat saspen je


ok lah,movement menggunakan 21 jewels,manual...cermin dalam keadaan baik,crown original tak bertanda


rekabentuk penutup casing yg menarik,nampak seperti sudah dipolish untuk mengurangkan kesan calar,aku nak bukak penutup ni tadi nak ambik gambar movement...tapi takut pulak calar sana sini...tak payah la....biar jadi misteri...

satu lagi yg menarik ialah tali 'bead of rice'nya yang boleh dilaras mengikut saiz semasa jam ni berada di pergelangan tangan,1st timelah aku tengok tali 'berteknologi' macam ni...jakun jugak aku rupanya...



jam beroperasi dengan baik & memuaskan,cuma cepat seminit dalam masa 24 jam....


utk jam2 ROTARY yg moden,boleh la klik link di bawah utk cuci mata :

http://www.rotarywatches.com/uk/index.aspx


BUYER : MOHD KHAIRI AHMAD,CHEMOR.

No comments:

Post a Comment