Thursday, May 13, 2010

443. NEW RADO DIASTAR AUTOMATIC (RM2700 EACH)

naik harga dah si diastar ni,dulu listing price dalam rm2600...sekarang dah rm2900...bagi sesiapa yang berada di Bintulu,jam ni dijual di kedai Soon Hing Watch,seberang bangunan Li Hua Plaza,berhampiran dengan lampu isyarat

ada papan tanda Citizen Ecodrive besar di atas kedai jamnya,tapi kedainya takde jual Ecodrive...lawak betul...









442. RADO DIASTAR AUTOMATIC (SOLD)

secondhand je ni...baru diservis bulan lepas

berfungsi dengan baik

441. POLJOT ALARM (SOLD)

case chrome diameter 35mm,dail asli & bersih / manual @ kunci

buatan russia tahun 70'an (masa tu dikenali sbg ussr)

penggera/alarm akan berbunyi (selama 30 saat sahaja) & getarannya dapat di rasa bila dipakai di pergelangan tangan

kedua2 crown telah ditukar dgn yg baru,crown pada bhg atas berfungsi utk mengunci & melaraskan penggera/alarm manakala di crown di bhg bawah utk melaraskan masa

saiz tali 18mm

kali terakhir diservis pada awal tahun 2008

jam berfungsi dgn baik

BUYER : YUSAINI SUKARDI,K.L.


Wednesday, May 12, 2010

440. NEW CASIO G-SHOCK (SOLD)

43mm x 35mm case

bersama kotak & jaminan setahun

UJIAN KETAHANAN G-SHOCK

BUYER : ANONYMOUS


Tuesday, May 11, 2010

439. NEW CASIO G-SHOCK GULFMAN (SOLD)

45mm case diameter

baru bersama kotak & jaminan setahun



UJIAN KETAHANAN G-SHOCK

BUYER : ANONYMOUS


Monday, May 10, 2010

ORDER ITEM #2 : SEIKO 5 SPORT ( NOT FOR SALE )

sampai pagi tadi,mengambil masa 2 minggu dari Singapura menggunakan mel berdaftar...

http://shop.ebay.com.my/premierworld/m.html?_nkw=&_armrs=1&_from=&_ipg=&_trksid=p3686

seperti biasa kena cek semua,jangan ada yg pecah atau rosak

dua2 ni jam baru & automatik

midsize


cantiknya crown...bertanda '5'


esok pagi aku hantar...sabar ye....

BUYER : WAN ROSLAN B. WAN DOLLAH,JERANTUT.

Wednesday, May 5, 2010

438. NEW SWATCH AUTOMATIC (SOLD)

36mm plastic case diameter / edisi 1994

terdapat retakan2 kecil pada kedua2 bahagian lug

automatik ETA 2842

tali plastik

berfungsi dengan baik & menepati masa

BUYER : ZAINAL B. ABDULLAH,KEMAMAN.

Tuesday, May 4, 2010

belt buckle...sapa minat?


ada beberapa org yg berminat nak beli buckle 'not for sale' yang dulu tu dari aku,aku cakap bukan aku yang punya buckle2 tu,aku cuma tolong beli je dari EBAY US...sebab aku kagum dengan hasil kerja tangan omputeh tu la yang buat aku letakkannya di dalam blog jam aku ni...

http://jamlama.blogspot.com/2010/02/dixie-trucker-buckle.html

http://jamlama.blogspot.com/2010/02/lone-trucker-buckle.html

http://jamlama.blogspot.com/2010/02/mechanic-belt-buckle.html

http://jamlama.blogspot.com/2010/02/rodeo-belt-buckle.html

http://jamlama.blogspot.com/2010/02/long-horn-steer-belt-buckle.html

senang cerita,sapa2 berminat...korang pilih je dari sini,kat sini la aku order buckle2 tu semua :

http://shop.ebay.com.my/kitten*magik/m.html?_nkw=&_armrs=1&_from=&_ipg=25

mana 1 korang nak...aku cadangkan korang beli 3-4 bijik,boleh la korang jual dgn kawan2 korang...1 buckle ni korang boleh jual rm150 minimum(tu cadangan aku je) kalau korang oder lebih dari 3,upah aku rm50,kalau 3 kebawah,dalam rm40,maksimum order 5 bijik je...setakat ni belum ada lagi yang komplen upah aku mahal,sebab upah bergantung kepada :

1. kesusahan menguruskannya
2. pengiraan tukaran matawang asing
3. apa2 pertanyaan pada seller yg memerlukan masa
4. seller negara mana kita nak deal
5. urusan paypal/ebay/apa2 dispute kalau ada
6. urusan pembayaran kad kredit
7. urusan e-banking tempatan
8. khidmat nasihat tentang ebay & sistem pos antarabangsa
9. kira2/masalah matematik yang aku hadapi
10. kos pengeposan & pembungkusan
11. masa aku yang terkorban
12. lain2

kalau setuju dengan upah aku,boleh la bagi aku deposit (boleh dirunding),takde deposit aku takleh order...

pasal buckle2 ni semua,kontek aku pakai emel je ok (zulekhz@yahoo.com),ruangan chat box atau sms payah nak taip laaa...saja tulis besar2 ni,sebab nak bagi tau jangan guna SMS/chatbox kalau soalan korang panjang berjela...hujung2 aku yang keliru...email lebih sesuai bro...