Sunday, February 15, 2009

32. TIMEX (SOLD)





salah satu jam yg aku rasa nak kena pakai dgn penuh hati2 ialah timex lama(sudah tentunya bukan timex indiglo...)...sbbnya ialah,kebanyakan spare partnya susah nak cari & boleh dikatakan takde...kalau ada jam ni,jagalah dia baik2...jgn sekali2 jatuh...kalau ada part yg patah nanti...mana nak cari spare?tukang2 jam pun ramai yg aku tanya,jawabnya..."aiyaa...ini jam ka?susah wo...."

pakai timex lama ni seumpama pakai jam 'pakai & buang'...tapi kalau rosak jangan buang la....simpan dalam frame....contohilah aku...ada satu timex aku tu dah diabadikan di dalam bentuk frame & lekat di dinding ruang tamu rumah aku ni...ramai jugak yang suka tengok...

timex yang tuan2 lihat di gambar ni adalah buatan amerika tapi dipasang di taiwan..dial sungguh bersih,kalau tak kerana calar2 pada cermin tu...memang cantik lagilah...tapi selagi tak pecah teruk,tak payah la tukar cermin....selalu jugak aku kena sound tukang jam bila aku nak tukar cermin yang calar2..."tidak payah la...masih bagus...apasal mau tukar?"..hairan aku..diaorang customer ke aku customer?tapi...ada betul jugak kata tukang tu....

casing saiz 33.5mm,jarum jam cantik kaler hitam...tali jam kulit kualiti sederhana buatan china bersaiz 19mm(nak pasang tali kualiti tinggi nanti mahal pulak harga jam ni...)

jam beroperasi dengan baik...ketepatan masa boleh diharap...tak lari seminit pun dlm masa 12 jam...

BUYER : SCOTT MILLER,WILMINGTON (UNITED STATES)






2 comments:

  1. Salam berapa harga dijual bro?...

    ReplyDelete
  2. rm100...ada satu lagi timex auto...ada masa nanti aku ambil gambar& letak dlm blog ni...

    ReplyDelete